Showing posts with label Motherboard. Show all posts
Showing posts with label Motherboard. Show all posts

Thursday, February 15, 2018

5 perkara penting dalam memilih motherboard




Definisi

Motherboard adalah komponen asas pada sebuah komputer, di mana kita meletakkan peranti lain untuk membina sebuah komputer. Terdapat peranti yang dipasang (devices) seperti prosesor, memori (RAM), hard disk, VGA card sehinggalah sampai pada mouse dan keyboard yang saling berhubungan pada sebuah motherboard.

Berikut adalah lima perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan semasa anda hendak memilih atau membeli motherboard:

1. CPU SOCKET
Perkara pertama ketika memilih motherboard adalah memilih CPU yang sesuai dengan bajet atau keperluan anda. CPU datang dengan pelbagai jenis soket.Sebagai contoh, Intel LGA 1150 menyokong prosesor dari Celerons, i3s dan sehinggalah kepada i7. Dengan setiap generasi baru CPU, soket-soket baru telah diperkenalkan. Sebaik sahaja anda telah memilih CPU pilihan anda, anda boleh beralih ke chipset.

2. CHIPSETS
Chipset merupakan satu set atau sekumpulan chip-chip dan juga IC yang membuat peranti komputer dan juga peranti elektronik boleh berfungsi dengan baik. Chipset boleh didapati secara meluas pada peranti komputer, seperti motherboard, kad VGA dan kad komputer lain. Chipset pada motherboard komputer mempunyai fungsi utama untuk mengawal proses input dan juga output pada motherboard. Di samping itu, chipset pada motherboard mempunyai fungsi untuk mengawal aliran data dari satu komponen ke komponen lain, yang disambungkan ke dalam satu sistem komputer bersatu.

3. FAKTOR / UKURAN
Motherboard datang dalam pelbagai saiz mengikut faktor bentuk untuk digunakan, bermula dari yang paling kecil iaitu Mini-ITX hinggalah E-ATX. Semua jenis motherboard, umumnya dibezakan oleh faktor bentuk, alias saiz motherboard itu sendiri. Semakin besar sebuah board, maka akan mempengaruhi pilihan casing yang dibeli. Semakin besar motherboard, casingnya mesti besar juga kerana tidak semua casing dapat memuat motherboard yang anda inginkan.

4. ADD-ONS
Sekiranya anda memerlukan rangkaian wayarless, atau Bluetooth dari awal, ini adalah perkara yang penting untuk dipertimbangkan apabila memilih motherboard kerana ia akan menjimatkan masa jika anda mahu menambahnya nanti dengan expansion card

5. JENAMA
Perkara akhir paling penting yang perlu dipertimbangkan ketika membuat pilihan untuk membeli motherboard adalah jenama. Banyak pengeluar mempunyai perkhidmatan dan sejarah yang hebat dalam menghasilkan motherboard. Antara jenama motherboard yang paling baik adalah Asus, GIGABYTE , MSI, Biostar, Evga, ASRock  dan lain-ain.


credit to: blog.nzxt.com


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Wednesday, December 13, 2017

Simptom Motherboard akan rosak di nilai




Apa itu motherboard?

Motherboard atau dikenali sebagai main board merupakan tulang belakang bagi komputer/laptop. Ia juga sebagai tempat semua komponen penting elektronik berhubung. Antara komponen yang berada di atas motherboard ialah CPU, slot RAM, slot PCI(desktop), port USB dan sebagainya. Ia menjadi penghubung bagi segala komponen yang berada di atas motherboard.

Fungsi motherboard

Merupakan tempat bagi semua peranti lain seperti RAM, hardisk,processor, keyboard, mouse, layar(monitor) serta semua komponen yang lain dan kerana itu motherboard menjadi komponen yang penting pada komputer/laptop.

Bagaimana hendak tahu jika motherboard rosak?

Laptop anda menjadi lambat walaupun telah format banyak kali, boleh on tetapi tidak keluar gambar, usb tidak boleh digunakan kan, restart dengan sendirinya selepas di hidupkn beberapa minit atau tidak boleh dihidupkan langsung.
Bagi mengelakkan motherboard rosak, anda disarankan untuk menggunakan kipas luar bagi mengurangkan kepanasan laptop semasa di hidupkan.


Jenis-jenis motherboard
-      Motherboard AT(Advanced Technology)
-      ATX(Advanced Technology Extended)
-      Micro-ATX
-      LPX(Low Profile Extended)
-      BTX (Balanced Technology Extended)
-      Mini-ITX (Information Technology Extended)


Credit : www.nesabamedia

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Thursday, April 27, 2017

Repair Motherboard Laptop Dell Studio Bangi



Mr.Hazim Dari Putrajaya datang ke kedai Mat Komputer untuk repair motherboard laptop Dell Studio beliau yang masalah tiada display.Ianya berpunca dari kerosakan vga card Ati.Sekarang laptop Dell beliau pulih seperti sediakala.