Showing posts with label bateri laptop. Show all posts
Showing posts with label bateri laptop. Show all posts

Friday, January 5, 2018

Perlukah mengelurkan bateri Laptop?



Ianya kedengaran seperti mungkin masuk akal untuk mengeluarkan bateri daripada laptop bagi meningkatkan jangka hayatnya. Walau bagaimanapun, kelihatan agak pelik apabila sering mengeluarkan bateri setiap kali penggunaan laptop anda bukan? 

Jawapannya adalah YA dan TIDAK mengikut situasi tertentu.


Bilakah perlu menanggalkan bateri Laptop

Satu cara mudah untuk mengetahui sama ada laptop perlu mengeluarkan bateri ataupun tidak adalah dengan mengenalpasti berapa lama anda menggunakan laptop. Jika anda merancang untuk menggunakan laptop anda selama enam jam di atas meja dan terpasang serta menyambungnya pada keesokan hari, maka anda seharusnya menanggalkan bateri anda dan menggunakan adapter.

Selain itu, anda perlu menanggalkan bateri dari laptop apabila tidak menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Sesetengah pengguna hanya menggunakan laptop untuk bermain game dan mencari maklumat penting sahaja. Jika anda tidak menggunakannya untuk beberapa minggu akan datang, keluarkan bateri.

Cara menanggalkan bateri laptop

  • Tutup laptop.
  • Cabut kabel kuasa dari dinding.
  • Keluarkan bateri.
  • Pasang semula kabel kuasa di dinding.
  • Hidupkan semula laptop anda

Cara penyimpanan Bateri Laptop Anda

  • Cadangan yang paling biasa untuk penyimpanan bateri laptop adalah dengan membiarkan kira-kira 40% (atau di antara 30% dan 50%) dan kemudian menyimpannya di tempat yang kering.
  • Sesetengah pengeluar mengesyorkan suhu penyimpanan 68 dan 77 darjah Fahrenheit (20 hingga 25 darjah Celsius), dimana tidak terlalu sejuk atau terlalu panas.

Credit by: Melanie Pinola

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,
PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)