Showing posts with label RAM. Show all posts
Showing posts with label RAM. Show all posts

Monday, April 9, 2018

Jenis-Jenis RAM dan Fungsinya


RAM merupakan komponen komputer yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan memori sementara ketika komputer tengah digunakan.

Penyimpanan RAM bersifat sementara setelah komputer mati, RAM akan kembali kosong dan diisi data baru yang diperlukan sewaktu komputer digunakan kembali. Menariknya, isi dari RAM dapat diakses secara random sehingga RAM lebih cepat daripada hard disk atau media penyimpanan lainnya.

RAM sendiri memiliki fungsi yang cukup penting dalam device komputer. Fungsi utama RAM ialah mempercepat pemprosesan data pada komputer. Tak heranla, semakin besar RAM yang dipasang, semakin cepat komputer bekerja.

Selain itu, RAM juga berfungsi sebagai media penyimpanan disaat komputer atau laptop dalam keadaan hidup. Misalkan, ketika kamu membuka sebuah dokumen di Microsoft Word, kemudian kamu tutup tanpa menyimpan terlebih dahulu, dokumen yang kamu ketik akan tersimpan di memori RAM. Maka, kamu bisa membuka dokumen tersebut melalui history terakhir dari Microsoft word tadi.

Berikut jenis RAM dan fungsinya yang mesti kamu tahu.

1. DRAM (Dynamic Random Access Memory)


Jenis RAM ini merupakan memori semikonduktor yang memerlukan kapasitor sebagai tumpuan untuk menyegarkan data yang ada di dalamnya. RAM ini memiliki kecepatan yang lebih tinggi dibanding EDO RAM. Namun, lebih rendah dibandingkan SRAM.

DRAM menggunakan satu transistor dan kapasitor per bit dalam strukturnya. Hal ini membuat RAM ini memiliki kepadatan yang cukup tinggi. DRAM memiliki frekuensi kerja yang bervariasi antara 4,7 Mhz hingga 40 Mhz.


2. SDRAM (Sychronous Dynamic Random Access Memory)



SDRAM menjadi RAM yang memiliki kecepatan cukup tinggi dibanding jenis-jenis RAM lainnya yakni kecepatan sampai 100 - 133 Mhz. RAM ini banyak digunakan pada tahun 1996 hingga 2003 dan merupakan jenis RAM yang memiliki 168 Pin saluran transfer data. Ciri-ciri RAM ini terdapat dua celah dibahagian kakinya. RAM ini akan diletakkan pada slot DIMM/SDRAM di motherboard yang mampu menampung memori mulai 16 MB hingga 1GB.


3. RDRAM (Rambus Dynamic Random Access Memory)


Komponen ini diperkenalkan pada tahun 1995 dengan kecepatan 600 Mbytes/sec. Pada tahun 1997, kecepatan RDRAM meningkat hingga 700 MBps, dan tahun 1998 menjadi 1,6 GBps. Tak heran, RAM ini awalnya dikembangkan untuk komputer dengan prosesor Pentium 4 atau untuk keperluan perangkat gaming. Slot memori untuk RDRAM ialah 184 pin.


4. EDORAM (Extended Data Out Random Access Memory)

RAM ini dikembangkan tahun 1995 dan memiliki kemampuan yang lebih cepat dalam membaca dan mentransfer data dibandingkan dengan jenis-jenis RAM lain. Slot memori untuk EDORAM ialah 72 pin. Bentuk komponen ini lebih panjang daripada RAM SIMM. Tak heran RAM ini sangat sesuai pada semua komputer Pentium. Selain itu, komponen ini juga sesuai untuk dipasang pada komputer dengan bus mencapai 66 Mhz.


5. FPM DRAM (First Page Mode DRAM)

Jenis RAM ini merupakan bentuk asli atau bentuk awal dari DRAM. Laju transfer maksimum untuk cache L2 mendekati 176 MB per detik. FPM bekerja pada frekuensi 16 MHz hingga 66 MHz dengan akses waktu hingga 50ns.


6. Flash RAM

Flash RAM merupakan jenis memori berkapasiti rendah yang digunakan pada perangkat elektronika seperti TV, VCR, hingga telefon lama. Memori ini dipasang pada perangkat yang memerlukan refresh dengan daya yang kecil.


7. VGRAM (Video Graphic Random Access Memory)


VGRAM biasanya digunakan untuk menyimpan kandungan pixel bagi sebuah paparan grafik. Penggunaan chip ini akan memberikan prestasi video yang baik dan mengurangi tekanan pada CPU.


8. DDR SDRAM (Double Date Rate SDRAM)


Jenis RAM ini memiliki kecepatan yang sangat tinggi diantara jenis-jenis RAM. Tak heran, RAM ini digunakan dimana-mana sahaj perangkat saat ini. RAM ini mampu menjalankan dua instruksi sekaligus dalam satuan waktu yang sama. Memori ini memiliki 184 pin. RAM jenis ini juga menggunakan daya listrik yang lebih rendah.

Jenis-jenis RAM berikutnya seperti DDR2 RAM hingga DDR3 RAM merupakan pengembangan dari DDR SDRAM. Kedua jenis RAM ini digunakan dibanyak komputer saat ini karena lebih jimat daya dan lebih optimum dengan kecepatan tinggi. Untuk kapasiti memori jenis ini pun cukup besar hingga 4 GB per chipnya.


9. SO – DIMM (Small Outline Dual in-line Memory Module)

Memori ini merupakan jenis memori yang digunakan pada notebook. Bentuk fizikalnya cukup ringkas, besarnya setengah dari DDR RAM sehingga lebih menjimat ruang. Jenis memori ini biasanya mengikuti perkembangan RAM untuk komputer desktop.



credit to: pricebook.co


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Monday, March 5, 2018

Infografik Penyebab Komputer Anda Mati Secara Tiba-tiba



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Saturday, March 3, 2018

Penyebab komputer anda Mati secara tiba-tiba


Apabila komputer anda tetiba mati atau terpadam boleh menyebabkan anda berasa panik dan kebingungan. Kebanyakan daripada anda pasti akan melihat sumber kuasa untuk memastikan adakah itu mungkin penyebabnya.
Fakta, sebuah komputer mempunyai mekanisma perlindungannya sendiri yang terbina jika ada komponen di dalam komputer terlalu panas dan ianya akan mati atau terpadam secara sendiri bagi melindungi komputer tersebut. Ianya terpadam kerana bagi melindungi komputer anda daripada beberapa bahaya yang akan berlaku.

Kami akan memberikan lima sebab mengapa komputer anda secara tiba-tiba mati sendiri.

1. Kipas terlalu Kotor / Overheating
Ini adalah satu sebab kenapa komputer anda mati secara tiba-tiba. Biasanya yang menyebabkan komputer riba menjadi panas adalah meletakkan komputer riba di tempat yang lembut seperti tilam, bantal, dan lain-lain kerana apabila diletakkan di tempat seperti peredaran udara menjadi buruk, udara panas sukar untuk keluar dan digantikan dengan udara baru, udara yang panas di dalam komputer riba juga menyebabkan perkakasan di dalamnya menjadi panas.


Cara anda mengatasinya ialah mengetahui apakah yang menyebabkan haba tersebut. Jika anda seorang gamer, lihatlah pada kipas pada video kad, casing kipas dan kipas pada processors. Jika terdapat habuk yang banyak inilah faktor menyebabkan komputer anda mati secara tiba-tiba.
Apabila anda melihat kipas komputer anda yang berhabuk, luangkahlah masa sedikit untuk membersihkannya.



2. Masalah pada hardware 
Sebab lain komputer anda mati secara tiba-tiba adalah kegagalan atau masalah pada hardware dalam komputer anda. Jika sebelum itu anda pernah menambah hardware, cuba anda mengalih keluar atau cabut untuk mengetahui adakah ini masalahnya.



3. Voltan Pengecas Salah
Jika anda seorang gamer dan komputer anda mati semasa anda bermain game, kemungkinannya adalah sumber pengecas / kuasa anda. Banyak permainan memerlukan pengecas dengan kapasiti voltan yang lebih tinggi, dengan voltan pilihan dari 100w hingga 240w. Walau bagaimanapun kebanyakan pengguna komputer tidak sedar ini dan sebaliknya menggunakan pengecas yang 90 watt atau kurang.



4. RAM Bermasalah
Jika RAM bermasalah boleh menyebabkan RAM sukar untuk berfungsi secara optimum, sementara kerja pada komputer memerlukan prestasi RAM optimum, jadi pada keadaan ini hardware komputer lain bekerja lebih keras sehingga komputer cepat panas.  Penyebabnya boleh terjadi kerana RAM yang digunakan berdebu. Untuk menyelesaikan masalah ini, kita boleh membersihkan habuk yang ada pada RAM dengan menggunakan pemadam sahaja. Hanya membersihkan bahagian tembaga dari RAM sehingga bersih, jangan gunakan tangan kerana dikhuatiri tangan berminyak akan meninggalkan tanda.
Jika diperlukan, kapasiti RAM boleh dinaik taraf mengikut keperluan untuk prestasi RAM boleh dioptimumkan dan kerja komputer lebih ringan.


5. Thermal paste Pada  Processor Mengering dan keras
Biasanya komputer riba yang telah berusia, thermal paste yang terdapat pada processornya sudah mengering.Ya memang kita tidak boleh bergantung pada thermal paste selama-lamanya, ada kalanya thermal paste harus diganti.





credit to: technorms.com



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Tuesday, February 13, 2018

Cara Membuatkan Mac Yang Lambat Menjadi Cepat


Jika anda menggunakan Mac untuk perniagaan kecil, penting untuk memastikannya berfungsi dengan cekap. Mac yang perlahan boleh menjejaskan produktiviti anda serta kelajuan menjalankan perniagaan. Jika anda mengisi cakera keras dengan fail dan media serta menjalankan pelbagai program pada masa yang sama juga boleh menyebabkan kelembapan berlaku. Menambahkan RAM, membebaskan ruang cakera keras, memulakan semula komputer atau menaik taraf storan adalah antara cara untuk mempercepat Mac yang perlahan.

Beri Mac Anda Berehat

Walaupun Mac direka untuk jangka masa yang panjang tanpa perlu ditutup atau dimulakan semula, restart merupakan satu cara untuk menghapuskan sebarang RAM yang digunakan dan fail sementara yang lain dimana telah memperlahankan sistem anda dan menyebabkan Mac OS X berjalan tidak cekap. Mulakan semula komputer hanya mengambil masa beberapa minit dari awal hingga akhir tetapi menyimpan sebarang fail atau program yang anda buka sebelum menutupnya. 

Tambah lebih banyak memori

Jika Mac anda berumur beberapa tahun, mungkin saatnya untuk melihat perkakasan baru untuk mempercepatkan sistem anda. Jumlah RAM yang datang dengan komputer anda tidak lagi mencukupi untuk mengikuti program yang anda jalankan. Anda boleh melihat jumlah RAM yang sedang dipasang dengan mengklik pada "About This Mac" di kiri atas desktop anda. Anda hanya boleh menambah RAM mengikut hadnya. Oleh itu, sahkan jumlah Ram yang boleh ditampung Mac anda sebelum membeli memori tambahan.

Menyusun semula Fail Anda

Mac lama boleh mengumpul banyak fail yang mungkin tidak lagi diperlukan untuk anda atau perniagaan anda. Bersihkan komputer anda dengan membuang program dan fail yang tidak diperlukan atau digunakan lagi. Di samping itu, jika anda telah mengumpulkan fail atau program yang dihapuskan di dalam tong sampah, kosongkannya. Jika anda masih kekurangan ruang, ia mungkin masanya untuk menaik taraf kepada pemacu keras yang lebih besar atau memindahkan fail ke pemacu luaran. SSD adalah lebih baik daripada HDD dalam mempercepatkan Mac anda.

Kemas kini dengan kerap

Apple akan memberitahu anda apabila kemas kini perisian tersedia untuk dimuat turun. Sesetengah kemas kini hanya boleh dipasang apabila komputer dimulakan semula, jadi ikuti sebarang arahan apabila mengemas kini Mac anda. Sekiranya versi baru Mac OS X tersedia, lihat keperluan sistem sebelum mengemaskini. Jika Mac anda hampir tidak memenuhi keperluan minimum untuk kemas kini, anda mungkin mendapati bahawa komputer anda berjalan lebih perlahan dan kurang berkesan daripada versi OS X yang telah dipasang sebelumnya.

Credit to: smallbusiness.chron


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Friday, February 9, 2018

Fungsi serta cara pembersihan RAM




💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Wednesday, January 10, 2018

Upgrade SSD , RAM serta Servis pada Cpu





Seperti yang kami sedia maklum, Tuan empunya cpu nie adalah seorang juru edit. Oleh itu , dia datang ke kedai kami untuk upgrade cpunya ke SSD bagi melancarkan perjalanan kerja. Selain itu, kami telah menyarankan untuk menambah jumlah Ram daripada 4GB ke 8GB memandangkan kerja yang dilakukan agak berat dan sulit. Akhir sekali, setelah melihat keadaan di dalam cpu yang penuh dengan habuk terutama pada heatsink, pemiliknya mahu kami servis sekali gus. 

"Bertukarlah kepada SSD untuk menjadikan CPU/Laptop andcepat dan efficient "


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Monday, December 4, 2017

Fungsi dan penjagaan RAM





DDR 2


Fungsi RAM

Fungsi RAM adalah untuk mempercepatkan laptop dan komputer anda akan tetapi RAM bukan komponen utama dalam mempercepatkan kerja. RAM hanya mampu membantu proses mempercepatkan kerja anda sahaja. Jika semakin besar saiz RAM laptop/komputer anda semakin laju prosesnya. RAM mempunyai pelbagai saiz antaranya 2GB,4GB,16GB,32GB dan sebagainya.



Cara membersihkan RAM

               Menyediakan peralatan untuk membersihkan RAM komputer/laptop seperti tisu atau kain bersih. Sebelum meneruskan proses seterusnya, anda harus memastikan telah mencabut bateri atau power daripada laptop/komputer anda bagi mengelakkan terkena elektrik.
            Selepas mencabut RAM, letakan di atas kain yang bersih dan bersihkan slot dari habuk atau debu yang telah melekat pada slot RAM sehingga bersih.
     -      Gosok bahagian yang berwarna di motherboard laptop/komputer sehingga bersih dari debu mengunakan tisu yang telah disediakan tadi.        Lakukan hal yang sama pada RAM anda, bersihkan bahagian yang berwarna emas dengan menggunakan pemadam dan gosok sehingga bersih RAM anda.
-          Setelah memastikan RAM dan juga slot RAM anda telah bersih daripada habuk atau debu, anda boleh memasang kembali RAM pada slotnya semula.
-          Pasangkan kembali bateri atau power pada laptop/komputer anda dan selamat menggunakan seperti biasa.


                                                  💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)