Showing posts with label auto shutdown. Show all posts
Showing posts with label auto shutdown. Show all posts

Wednesday, May 16, 2018

Cara shutdown komputer ikut jadual pada Windows 10

Untuk jadikan komputer pada Windows 10 anda shutdown pada waktu tertentu sesuai dengan waktu yang kita inginkan salah satunya adalah dengan taip di command line/command prompt atau melalui Run command dialog.

Commandnya adalah "shutdown -s -t WaktuDalamSaat"

Contoh untuk mematikan komputer dalam 10 minit ke depan maka perintahnya adalah:
shutdown -s -t 600

Untuk membuka Run command, tekan butang Windows+R
Taip "shutdown" tadi dalam ruang Run. Kemudian tekan Enter atau klik OK.



Akan keluar notification yang akan meminta anda untuksigned out dan komputer akan mati dalam 10 minit


Cara shutdown ikut jadual ini juga boleh digunakan untuk Windows yang lain selain Windows 10.


Credit to:  tipstriks.com

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Monday, March 5, 2018

Infografik Penyebab Komputer Anda Mati Secara Tiba-tiba



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Saturday, March 3, 2018

Penyebab komputer anda Mati secara tiba-tiba


Apabila komputer anda tetiba mati atau terpadam boleh menyebabkan anda berasa panik dan kebingungan. Kebanyakan daripada anda pasti akan melihat sumber kuasa untuk memastikan adakah itu mungkin penyebabnya.
Fakta, sebuah komputer mempunyai mekanisma perlindungannya sendiri yang terbina jika ada komponen di dalam komputer terlalu panas dan ianya akan mati atau terpadam secara sendiri bagi melindungi komputer tersebut. Ianya terpadam kerana bagi melindungi komputer anda daripada beberapa bahaya yang akan berlaku.

Kami akan memberikan lima sebab mengapa komputer anda secara tiba-tiba mati sendiri.

1. Kipas terlalu Kotor / Overheating
Ini adalah satu sebab kenapa komputer anda mati secara tiba-tiba. Biasanya yang menyebabkan komputer riba menjadi panas adalah meletakkan komputer riba di tempat yang lembut seperti tilam, bantal, dan lain-lain kerana apabila diletakkan di tempat seperti peredaran udara menjadi buruk, udara panas sukar untuk keluar dan digantikan dengan udara baru, udara yang panas di dalam komputer riba juga menyebabkan perkakasan di dalamnya menjadi panas.


Cara anda mengatasinya ialah mengetahui apakah yang menyebabkan haba tersebut. Jika anda seorang gamer, lihatlah pada kipas pada video kad, casing kipas dan kipas pada processors. Jika terdapat habuk yang banyak inilah faktor menyebabkan komputer anda mati secara tiba-tiba.
Apabila anda melihat kipas komputer anda yang berhabuk, luangkahlah masa sedikit untuk membersihkannya.



2. Masalah pada hardware 
Sebab lain komputer anda mati secara tiba-tiba adalah kegagalan atau masalah pada hardware dalam komputer anda. Jika sebelum itu anda pernah menambah hardware, cuba anda mengalih keluar atau cabut untuk mengetahui adakah ini masalahnya.



3. Voltan Pengecas Salah
Jika anda seorang gamer dan komputer anda mati semasa anda bermain game, kemungkinannya adalah sumber pengecas / kuasa anda. Banyak permainan memerlukan pengecas dengan kapasiti voltan yang lebih tinggi, dengan voltan pilihan dari 100w hingga 240w. Walau bagaimanapun kebanyakan pengguna komputer tidak sedar ini dan sebaliknya menggunakan pengecas yang 90 watt atau kurang.



4. RAM Bermasalah
Jika RAM bermasalah boleh menyebabkan RAM sukar untuk berfungsi secara optimum, sementara kerja pada komputer memerlukan prestasi RAM optimum, jadi pada keadaan ini hardware komputer lain bekerja lebih keras sehingga komputer cepat panas.  Penyebabnya boleh terjadi kerana RAM yang digunakan berdebu. Untuk menyelesaikan masalah ini, kita boleh membersihkan habuk yang ada pada RAM dengan menggunakan pemadam sahaja. Hanya membersihkan bahagian tembaga dari RAM sehingga bersih, jangan gunakan tangan kerana dikhuatiri tangan berminyak akan meninggalkan tanda.
Jika diperlukan, kapasiti RAM boleh dinaik taraf mengikut keperluan untuk prestasi RAM boleh dioptimumkan dan kerja komputer lebih ringan.


5. Thermal paste Pada  Processor Mengering dan keras
Biasanya komputer riba yang telah berusia, thermal paste yang terdapat pada processornya sudah mengering.Ya memang kita tidak boleh bergantung pada thermal paste selama-lamanya, ada kalanya thermal paste harus diganti.





credit to: technorms.com



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau