Showing posts with label bateri litium-ion. Show all posts
Showing posts with label bateri litium-ion. Show all posts

Wednesday, December 27, 2017

Sepupu sepapat bateri litium-ion dan kelebihannya



Sebagai permulaan, perlu kite ketahui bahawa bateri terbahagi kepada beberapa jenis dan yang selalu digunakan ialah Nikel based(NiCd) dan Litium based(Li-ion). Pada masa kini, hampir semua laptop menggunakan bateri jenis Li-ion kerana ianya mampu menyimpan daya yang lebih besar dan lebih selamat berbanding bateri Nikel based. Elektrolit yang ada di dalam bateri Nikel akan terkumpul di bahagian bawah kerana disimpan terlalu lama di kilang. Oleh sebab itulah, pengguna disarankan untuk mengecas minimal selama 8 jam sebelum digunakan buat kali pertama.

Bateri litium-ion juga dikenali sebagai bateri Li-ion atau LIB adalah salah satu ahli keluarga jenis bateri cas semula dimana ion litium bergerak dari anod ke katod semasa proses nyahcas dan kembali ke kedudukan asal semasa dicas. Bateri Li-ion menggunakan sebatian litium yang disisipkan sebagai bahan elektrod, berbanding logam litium yang digunakan dalam bateri litium yang tidak boleh dicas semula.

Selain peralatan elektronik, bateri Li-ion juga semakin popular dalam bidang ketenteraan, kenderaan elektrik dan aplikasi aeroangkasa. Contohnya, bateri litium-ion mula menjadi bateri pengganti yang lazim bagi bateri asid-plumbum yang digunakan sejak berzaman lagi pada kereta golf dan kenderaan utiliti. 

Perwatakan kimia, prestasi, kos dan keselamatan adalah berbeza mengikut jenis bateri Li-ion. Peralatan elektronik tangan kebanyakannya menggunakan bateri Li-ion berasaskan litium kobalt oksida (LiCoO2), yang menawarkan ketumpatan tenaga yang tinggi, tetapi mendatangkan risiko keselamatan, terutamanya apabila rosak. Litium besi fosfat (LFP)litium mangan oksida (LMO) dan litium nikel mangan kobalt oksida (NMC) menawarkan ketumpatan tenaga lebih rendah, tetapi mempunyai jangka hayat lebih panjang serta lebih selamat. Bateri sebegitu digunakan secara meluas dalam peralatan elektrik, peralatan perubatan serta peranan-peranan lain. Litium nikel kobalt aluminium oksida (NCA) dan litium titanat (LTO) merupakan rekaan khusus yang disasarkan pada peranan niche khas.

Credit by: wikipedia

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)