Showing posts with label lupa password. Show all posts
Showing posts with label lupa password. Show all posts

Thursday, March 22, 2018

Cara menetap semula Kata Laluan Akaun Microsoft pada Windows 10

Anda terlupa kata laluan akaun Microsoft dan tidak boleh sign in ke Windows 10? PC anda dikenakan password dan tidak ada pilihan untuk menukar semula ke local akaun walaupun anda mengingati kata laluan local akaun. Dalam artikel ini kami akan menerangkan kepada anda dua kaedah untuk menetapkan semula kata laluan akaun Microsoft yang hilang dalam Windows 10.

Kaedah 1: Buka Halaman Reset password Dalam Microsoft Online.

Untuk menetapkan kata laluan akaun Microsoft yang hilang, anda boleh menggunakan mana-mana peranti (contohnya, PC lain, smartphone atau tablet) yang disambungkan ke Internet dan pergi ke Microsoft online password reset tool.

1. Buka halaman Microsoft Account Password Reset dari mana-mana Browser. Pilih "I forgot my password" dari senarai pendek pilihan dan kemudian klik Next.


2. Masukkan alamat e-mel yang anda gunakan sebagai akaun Microsoft anda. Untuk tujuan keselamatan, ketik huruf yang diwakili oleh captcha untuk membuktikan anda ini manusia.


3. Pilih bagaimana anda mahu menerima kod keselamatan dan klik "Hantar kod". Adakah melalui alamat e-mel atau nombor telefon bimbit anda yang dikaitkan dengan akaun Microsoft anda.


Jika anda tidak mempunyai akses ke akaun e-mel dan telefon bimbit anda, klik "I don't have any of these" dan kemudian jawab questionnaire termasuk soalan keselamatan akaun. Sekiranya maklumat anda disemak dengan betul, laman web ini akan membantu anda membuat kata laluan baru.

4. Semak akaun e-mel atau telefon bimbit anda dan cari mesej dari Microsoft account. Masukkan kod keselamatan yang baru anda terima dan klik Next.


5. Masukkan kata laluan baru yang ingin anda gunakan untuk akaun Microsoft anda. Selepas anda mengesahkannya, klik Next.


6. Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda akan melihat "Your account has been recovered" pada skrin anda.
7. Anda kini boleh log masuk ke Windows 10 dengan akaun Microsoft anda. Pastikan anda disambungkan ke Internet pada skrin log masuk Windows. Sekiranya komputer anda yang terlupa kata laluan tersebut tidak mempunyai akses Internet, anda tidak akan dapat log masuk dengan kata laluan baru.

Kaedah 2: Gunakan PCUnlocker Live CD

Jika anda terlupa kata laluan akaun Microsoft anda dan anda tidak dapat menetapkan semula kata laluan dengan kaedah recovery melalui Microsoft Online, cara terbaik adalah bertukar ke localn akaun supaya anda boleh log masuk semula ke komputer Windows 10 anda. Kaedah ini juga akan membolehkan anda mengakses semua fail local akaun Microsoft anda.

1. Pertama sekali, anda perlu membuat CD Live PCUnlocker (atau USB drive) pada komputer lain(bukan pada Windows 10 PC anda yang lock).

2. Sediakan locked machine untuk boot dari PCUnlocker Live CD (atau USB drive) yang baru anda buat.

3. Setelah boot ke program PCUnlocker, pilih local akaun yang dikaitkan dengan akaun Microsoft anda dan klik butang Reset Password.


4. Program ini akan menetapkan semula kata laluan local akaun anda dan segera menukar akaun Microsoft anda ke local akaun. Putuskan sambungan CD Live PCUnlocker (atau pemacu USB) semasa memulakan semula dan kemudian anda boleh log masuk ke Windows 10 tanpa kata laluan!



credit to: top-password.com


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau