Showing posts with label windows 10. Show all posts
Showing posts with label windows 10. Show all posts

Friday, May 4, 2018

Cara Setting mail pada Windows 10

 
1- Klik Start pada menu
2- Buka App Mail
3- Pilih Add account
4- Pilih Google
 
  
 
 
5-  Masukkan alamat Gmail anda dan password.
 
 
 
6- Klik Allow
 
 
 
 Tunggu seketika, nanti akan muncul keterangan Your account was set up successfully. itu maknanya mail Gmailnya sudah di set di App Mail Windows.

Buka hanya satu email sahaja, kita boleh memasukkan banyak account email dalam App Mail Windows ini.
Dan juga tidak hanya Gmail, Yahoo, iCloud, Exchange account juga boleh. Kalau dari Microsoft sudah pasti boleh, Outlook.com, Live.com, Hotmail.com dan MSN,email2 inilah yang pertama boleh support sebelum yang lain.
 
Credit to:  tipstriks.com

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau


Wednesday, April 25, 2018

Masuk ke Safe Mode dengan Windows 10





Sama seperti Windows 8, kalau ingin masuk ke Safe Mode di Windows 10, kita sudah tidak dapat lagi dengan menekan butang F8 beberapa saat ketika Windows  loading, sebagaimana yang dapat dilakukan di Windows 7 atau Windows XP.


System Configuration

1- Tekan tombol Windows +R untuk munculkan Run,

2- Taip msconfig kemudian klik Ok atau tekan Enter.






3- Selepas itu, akan muncul System ConfigurationMasuk ke tab Boot
4- Tick pada Safe boot, klik Apply, klik OK


5- Akan ada warning kalau komputer akan restart, setelah restart komputer kemudian akan masuk ke Safe mode.





credit to: tipstriks.com


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau









Tuesday, April 24, 2018

Cara Set default web browser Windows 10

Untuk memudahkan ketika kita membuka satu link atau shortcut alamat website dari suatu dokumen, PDF, Doc, Xls, shortcut URL dan lain-lain, dan kita  ingin agar link tersebut dibuka oleh browser yang kita kehendaki contohnya ingin dibuka oleh Mozilla Firefox, maka kita bolehmenjadikan browser tersebut sebagai default browser.

Untuk set default browser di Windows 10 :

1- Klik kanan pada Start Menu.
2- Klik Control Panel




3- Pada Control Panel, pilih Default Programs.


4- Pilih Set your default program


5- Pilih salah satu Browser internet yang ingin anda jadikan sebagai default browser di pada sebelah kiri tetingkap.

6- Kemudian di tetingkap sebelah kanan bawah, klik Set this program as default.





credit to: tipstriks.com


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau



Saturday, April 21, 2018

Cara remote desktop komputer lain pada Windows 10

Untuk dapat melakukan remote desktop dari komputer lain, maka komputer yang akan diremote kena dibuka akses remote desktopnya.

Untuk membuka akses remote desktop di Windows 10

1. Taip kata kunci: remote setting pada  pencarian (di sebelah Start menu). Maka  di atas (Best match) akan muncul Allow remote access to your computer. klik untuk melakukan  setting remote desktop.


2. Pada Remote Desktop, pilih Allow remote connection to this computer.
3. Pilih Select user jika anda ingin menetapkan sesiapa sahaja yang boleh melakukan  remote desktop. (untuk akaun dengan privilege administrator tidak perlu dimasukkan lagi kerana akaun administrator atau member administrator sudah mempunyai hak akses untuk remote desktop).


4. Klik Apply, OK.
5. Di Windows Firewall, akses untuk Remote desktop mesti dibuka.
Contoh untuk setting Firewall di Windows 8 atau Windows 10 ketik Allow an app through Windows firewall di ruang search.
Setelah muncul halaman Allowed apps and features, kemudian cari Remote Desktop, dan beri tanda supaya Akses remote desktopnya tidak diblok (lihat gambar). Klik OK untuk menyimpan konfigurasi.




Sekarang laptop anda boleh  diremote desktop oleh komputer lain yang saling terhubung di dalam suatu jaringan LAN atau menggunakan Wi-fi, dengan memanggil IP address atau nama komputernya.



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Tuesday, April 3, 2018

Cara Auto Disable Touchpad Ketika menggunakan mouse di Windows 10

Apabila kita menggunakan mouse di laptop menggunakan usb kabel dan bluetooth, kita selalu tidak disable Touchpad yang fungsinya sudah digantikan oleh mouse. Anda pasti menginginkan touchpad secara automatik disable ketika menggunakan mouse sewaktu membuat kerja. Di sini saya akan berkongsikan tips bagaiamana hendak disable automatik touchpad.

Secara umum pada kebanyakan Laptop, Anda boleh ubah di Settings > Devices > Touchpad.



Di bawah touchpad Anda boleh untick “Leave touchpad on when a mouse is connected”.




Tidak semua device Windows 10 memiliki setting seperti tersebut. Dell contohnya, Anda mesti buka Settings > Devices > Mouse and Touchpad dan klik Additional mouse Options untuk membuka Properti Mouse Dell. Anda juga boleh membuka tetingkap ini di Task Manager Anda.

Klik tautan bertuliskan Click to change Dell Touchpad settings. Anda dapat menghidupkan Dell TouchGuard yang mencegah isyarat yang tidak diinginkan saat click.






💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Friday, March 30, 2018

Cara Membuat Bootable USB UEFI dan GPT Partition Windows 10 dengan Rufus

1. Download tools Rufus

2. Pastikan ada USB flashdisk yang kosong atau jika masih terdapat data di dalamnya, wajib dibackup terlebih dahulu, kerana tools ini akan format dan mengosongkan terlebih dahulu flashdisk kita sebelum memuat windows setup. Untuk kapasiti yang sesuai dengan size file ISO Windows setup nya sebainya flashdisk yang berukuran 8GB.

3. Hubungkan USB ke komputer dan jalankan Rufus yang sudah di download.

4. Di bagian Partition Scheme and Target System Type pilih GPT Partition Scheme for UEFI. Sebenarnya kita bisa menyesuaikan dengan kebutuhan kita, namun disini yang kita ingin buat adalah Bootable UEFI dan GPT Partition.

5. Klik ikon CD/DVD Drive untuk mencari direktori letak file ISO Windows 10. Jika sudah, pada bagian bawah akan muncul nama file ISO-nya.


6. Setelah semuanya selesai (READY), klik butang start.



Setelah selesai, klik butang Close. Bootable siap digunakan untuk menginstall windows 10 dengan system UEFI serta GPT Partition Scheme.



credit to: pintarkomputer.com


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Thursday, March 22, 2018

Cara menetap semula Kata Laluan Akaun Microsoft pada Windows 10

Anda terlupa kata laluan akaun Microsoft dan tidak boleh sign in ke Windows 10? PC anda dikenakan password dan tidak ada pilihan untuk menukar semula ke local akaun walaupun anda mengingati kata laluan local akaun. Dalam artikel ini kami akan menerangkan kepada anda dua kaedah untuk menetapkan semula kata laluan akaun Microsoft yang hilang dalam Windows 10.

Kaedah 1: Buka Halaman Reset password Dalam Microsoft Online.

Untuk menetapkan kata laluan akaun Microsoft yang hilang, anda boleh menggunakan mana-mana peranti (contohnya, PC lain, smartphone atau tablet) yang disambungkan ke Internet dan pergi ke Microsoft online password reset tool.

1. Buka halaman Microsoft Account Password Reset dari mana-mana Browser. Pilih "I forgot my password" dari senarai pendek pilihan dan kemudian klik Next.


2. Masukkan alamat e-mel yang anda gunakan sebagai akaun Microsoft anda. Untuk tujuan keselamatan, ketik huruf yang diwakili oleh captcha untuk membuktikan anda ini manusia.


3. Pilih bagaimana anda mahu menerima kod keselamatan dan klik "Hantar kod". Adakah melalui alamat e-mel atau nombor telefon bimbit anda yang dikaitkan dengan akaun Microsoft anda.


Jika anda tidak mempunyai akses ke akaun e-mel dan telefon bimbit anda, klik "I don't have any of these" dan kemudian jawab questionnaire termasuk soalan keselamatan akaun. Sekiranya maklumat anda disemak dengan betul, laman web ini akan membantu anda membuat kata laluan baru.

4. Semak akaun e-mel atau telefon bimbit anda dan cari mesej dari Microsoft account. Masukkan kod keselamatan yang baru anda terima dan klik Next.


5. Masukkan kata laluan baru yang ingin anda gunakan untuk akaun Microsoft anda. Selepas anda mengesahkannya, klik Next.


6. Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda akan melihat "Your account has been recovered" pada skrin anda.
7. Anda kini boleh log masuk ke Windows 10 dengan akaun Microsoft anda. Pastikan anda disambungkan ke Internet pada skrin log masuk Windows. Sekiranya komputer anda yang terlupa kata laluan tersebut tidak mempunyai akses Internet, anda tidak akan dapat log masuk dengan kata laluan baru.

Kaedah 2: Gunakan PCUnlocker Live CD

Jika anda terlupa kata laluan akaun Microsoft anda dan anda tidak dapat menetapkan semula kata laluan dengan kaedah recovery melalui Microsoft Online, cara terbaik adalah bertukar ke localn akaun supaya anda boleh log masuk semula ke komputer Windows 10 anda. Kaedah ini juga akan membolehkan anda mengakses semua fail local akaun Microsoft anda.

1. Pertama sekali, anda perlu membuat CD Live PCUnlocker (atau USB drive) pada komputer lain(bukan pada Windows 10 PC anda yang lock).

2. Sediakan locked machine untuk boot dari PCUnlocker Live CD (atau USB drive) yang baru anda buat.

3. Setelah boot ke program PCUnlocker, pilih local akaun yang dikaitkan dengan akaun Microsoft anda dan klik butang Reset Password.


4. Program ini akan menetapkan semula kata laluan local akaun anda dan segera menukar akaun Microsoft anda ke local akaun. Putuskan sambungan CD Live PCUnlocker (atau pemacu USB) semasa memulakan semula dan kemudian anda boleh log masuk ke Windows 10 tanpa kata laluan!



credit to: top-password.com


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Wednesday, March 21, 2018

Cara menghapus rangkaian Wi-Fi Yang Tersimpan di Windows 10



Terdapat dua cara untuk menghapuskan jaringan Wi-Fi yang tersimpan. Yang pertama
kita boleh menghapusnya melalui app setting pada Windows 10, masuk ke Network & Internet. Keduanya ialah dengan menggunakan command promt. Dalam artikel ini kami akan menerangkan 2 cara tersebut

Cara menghapus rangkaian Wi-Fi melalui app Settings Windows 10

Untuk memadam Wi-Fi yang tersimpan, pertama kita buka Settings->Network & Internet.


Selepas itu, masuk ke Network & Internet, pilih Manage Wi-Fi Settings.


Selepas itu kita akan menukar laman, scroll ke bawah sehingga terjumpa  rangkaian Wi-Fi yang disimpan. Wi-Fi yang disimpan adalah Wi-Fi yang telah kita gunakan sebelum ini.

Untuk memadam, sila klik salah satu nama SSID Wi-Fi, Forget.


Cara Menghapus Rangkaian Wi-Fi Yang Tersimpan Melalui Command Prompt

Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita akan membuang rangkaian Wi-Fi menerusi command prompt (Admin), lalu tekan butang Windows + X, kemudian pilih Command Prompt (Admin).


Setelah Command Prompt terbuka, taip arahan netsh wlan show profiles.


Di sini kita akan melihat daftar Wifi yang tersimpan. Untuk menghapus Wi-Fi tersebut gunakan perintah netsh wlan delete profile name=”PROFILE_NAME”.



credit to: howtogeek.com



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau


Wednesday, March 7, 2018

Kenali Microsoft Windows



Microsoft Windows ialah sebuah sistem pengendalian yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Microsoft. Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP, Windows Vista, Windows 7, Windows 8 dan yang terbaharu daripada Microsoft ialah Windows 10 yang dilancarkan pada tahun 2015.

Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan Microsoft menaik taraf perisian Windows kepada sebuah sistem pengendalian.

1. Windows NT



Windows NT (New Technology) adalah keluarga sistem pengendalian dihasilkan oleh Microsoft, versi pertama yang dikeluarkan pada Julai 1993. Ia yang asalnya merekakan sebagai sistem pengendalian berkuasa berasaskan bahasa tahap tinggi, bebas daripada pemproses, pemprosesan berganda dan pengguna berganda dengan ciri-ciri berbeza dengan Unix. Ia bertujuan untuk melengkapi versi-versi pengguna Windows yang berdasarkan MS-DOS. NT adalah betulnya versi 32-bit penuh Windows, manakala versi pengguna sejawat, Windows 3.1x dan Windows 9x, adalah hibrid 16-bit/32-bit. Windows 2000, Windows XP, Windows Server 2003, Windows Vista, Windows Server 2008, dan Windows Home Server berdasarkan sistem Windows NT system, walaupun mereka tidak dijenamakan sebagai Windows NT.


2. Windows XP


Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, merupakan keluarga Windows berorientasikan pengguna terawal yang dibina berasaskan teknologi inti Windows NT. Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP telah digantikan dengan Windows Vista.

Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem pengendalian paling stabil pernah dibina oleh Microsoft kerana Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil. Windows XP juga ialah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi pengaktifan perisian (dan seterusnya Windows Genuine Advantage) bagi mengekang kegiatan cetak rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh pencetak rompak.

Secara umumnya, Windows XP secara lazimnya terdiri daripada 2 versi utama, iaitu:-
* Windows XP Home Edition - versi yang disasarkan kepada pengguna rumah.
* Windows XP Professional - versi yang disasarkan untuk kegunaan perniagaan dan pengguna komputer berkuasa tinggi. Windows XP Professional mengandungi ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada versi Home Edition.


3. Windows Vista


Windows Vista mula dipasarkan kepada pengeluar OEM pada 8 November2006 dan dilancarkan oleh Microsoft bagi pasaran Malaysia pada 8 Februari 2007. Windows Vista mempunyai antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar, dikenali sebagai Aero. Semasa peringkat pembangunannya, Windows Vista dikenali dengan nama kodnya iaitu Longhorn sehinggalah ia memperoleh nama rasminya pada 22 Julai 2005. Keluaran Windows Vista didatangi lebih daripada lima tahun selepas perkenalan, Windows XP, menjadi tempoh terpanjang di antara dua keluaran Microsoft Windows.


4. Windows 7


Windows 7 (asalnya dikenali dengan nama kod Blackcomb, dan kemudian Vienna) ialah versi terkini sistem pengendalian Microsoft Windows untuk kegunaan komputer peribadi, tak kira di rumah mahupun di pejabat, sama ada komputer meja, riba, netbook, tablet ataupun pusat media. Windows 7 mula dikeluarkan kepada pengilang komputer pada 22 Julai 2009, dan mula dijual kepada awam pada 22 Oktober 2009, tidak sampai tiga tahun selepas keluaran versi terdahulunya Windows Vista. Versi sistem pengendalian untuk pelayan, Windows Server 2008 R2 dikeluarkan pada masa yang sama.
Berbeza dengan Vista yang memperkenalkan banyak ciri baru, Windows 7 dirancang supaya menjadi latar yang terfokus dan kecilan kepada barisan Windows, dengan matlamat keserasian penuh dengan perisian dan perkakasan yang sudah serasi dengan Windows Vista.


5. Windows 8 dan 8.1


Secara rasmi diumumkan pada Julai 2014 berikutan demo ringkas di Build 2014, ia telah dilancarkan kepada umum pada Oktober 2009. Windows 8 dibina berdasarkan bahasa reka bentuk Metro serta memperkenalkan satu bentuk baharu "perisian gaya Windows 8", yang hanya boleh didapati melalui Windows Store. Windows 8 turut menampilkan skrin Start baharu, Internet Explorer 10, sokongan asli untuk USB 3.0, Windows Defender serba baharu yang menentang perisian jahat, Windows To Go, serta sokongan bagi UEFI SecureBoot, yang turut menimbulkan kontroversi.

Windows 8 boleh didapati dalam empat edisi utama: Windows 8, Windows 8 Pro, Windows 8 Enterprise, dan Windows RT. Tiga edisi terawal mempunyai keperluan perkakasan yang sama seperti Windows 7. Edisi terakhir pula dijalankan pada komputer tablet dengan seni bina ARM dan mempunyai keperluan perkakasan berbeza. Vendor perkakasan yang sudi menerima pensijilan Microsoft bagi peranti keluaran mereka perlu memenuhi beberapa keperluan pensijilan. Windows 8 Enterprise dan Windows RT tidak boleh didapati di kedai-kedai jualan biasa. Kemas kini unruk Windows 8, dipanggil Windows 8.1, dilancarkan pada 17 Oktober 2013. Penambahbaikan yang jelas termasuk skrin permulaan yang dipertingkatkan, paparan gambar tambahan, aplikasi tambahan yang dibekalkan, integrasi OneDrive yang lebih mendalam , Internet Explorer 11, sistem carian terbina dalam Bing,  dan kemampuan untuk mengembalikan perilaku sebelumnya membuka desktop pengguna pada saat log masuk bukannya layar Mula. Windows 8.1 juga menambah sokongan untuk teknologi yang baru muncul seperti paparan resolusi tinggi, pencetakan 3D, Wi-Fi Direct, dan streaming dengan Miracast.

6. Windows 10
Windows 10 (nama kod Threshold) merupakan sistem pengendalian (OS) komputer peribadi yang dibangunkan oleh syarikat Microsoft sebagai sebahagian daripada keluarga OS Windows NT. Secara rasmi diumumkan pada September 2014 berikutan demo ringkas di Build 2014, ia telah dilancarkan kepada umum pada 29 Julai 2015. Matlamat utama Windows versi ini adalah untuk menyatukan sistem pengendalian Windows di pelbagai keluaran termasuklah komputer, tablet, telefon pintar, sistem terbenam dan Xbox One serta produk-produk terbaharu seperti Surface Hub dan HoloLens. Hal ini bagi membenarkan produk-produk tersebut berkongsi apa yang pihak Microsoft gambarkan sebagai suatu seni bina perisian penggunaan dan ekosistem Gedung Windows yang "sejagat". Dikembangkan daripada pelantar Windows Runtime yang diperkenalkan sejak Windows 8, seni bina ini disuaikan untuk kegunaan antara platform sambil berkongsi kod yang sama.

credit to: en.wikipedia.org

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau