Motherboard adalah komponen asas pada sebuah komputer, di
mana kita meletakkan peranti lain untuk membina sebuah komputer. Terdapat
peranti yang dipasang (devices) seperti prosesor, memori (RAM), hard disk, VGA card
sehinggalah sampai pada mouse dan keyboard yang saling berhubungan pada sebuah motherboard.
Berikut adalah lima perkara yang paling penting untuk
dipertimbangkan semasa anda hendak memilih atau membeli motherboard:
1. CPU SOCKET
Perkara pertama ketika memilih motherboard adalah memilih
CPU yang sesuai dengan bajet atau keperluan anda. CPU datang dengan pelbagai
jenis soket.Sebagai contoh, Intel LGA 1150 menyokong prosesor dari Celerons, i3s
dan sehinggalah kepada i7. Dengan setiap generasi baru CPU, soket-soket baru telah
diperkenalkan. Sebaik sahaja anda telah memilih CPU pilihan anda, anda boleh
beralih ke chipset.
2. CHIPSETS
Chipset merupakan satu set atau sekumpulan chip-chip dan
juga IC yang membuat peranti komputer dan juga peranti elektronik boleh
berfungsi dengan baik. Chipset boleh didapati secara meluas pada peranti
komputer, seperti motherboard, kad VGA dan kad komputer lain. Chipset pada
motherboard komputer mempunyai fungsi utama untuk mengawal proses input dan
juga output pada motherboard. Di samping itu, chipset pada motherboard
mempunyai fungsi untuk mengawal aliran data dari satu komponen ke komponen
lain, yang disambungkan ke dalam satu sistem komputer bersatu.
3. FAKTOR / UKURAN
Motherboard datang dalam pelbagai saiz mengikut faktor
bentuk untuk digunakan, bermula dari yang paling kecil iaitu Mini-ITX hinggalah
E-ATX. Semua jenis motherboard, umumnya dibezakan oleh faktor bentuk, alias
saiz motherboard itu sendiri. Semakin besar sebuah board, maka akan
mempengaruhi pilihan casing yang dibeli. Semakin besar motherboard, casingnya
mesti besar juga kerana tidak semua casing dapat memuat motherboard yang anda
inginkan.
4. ADD-ONS
Sekiranya anda memerlukan rangkaian wayarless, atau Bluetooth
dari awal, ini adalah perkara yang penting untuk dipertimbangkan
apabila memilih motherboard kerana ia akan menjimatkan masa jika anda mahu
menambahnya nanti dengan expansion
card
5. JENAMA
Perkara akhir paling penting yang perlu dipertimbangkan
ketika membuat pilihan untuk membeli motherboard adalah jenama. Banyak
pengeluar mempunyai perkhidmatan dan sejarah yang hebat dalam menghasilkan
motherboard. Antara jenama motherboard yang paling baik adalah Asus, GIGABYTE ,
MSI, Biostar, Evga, ASRock dan lain-ain.
credit to: blog.nzxt.com
💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,
PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU AHAD-Tutup
📍Maps: https://g.co/kgs/AFmXPg
☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)