Prihatin terhadap bateri anda
Bateri laptop hanya akan bertahan selama beberapa tahun. Jadi
jangan biarkan bateri anda dicas sepanjang masa. Apabila bateri selesai
dicas, cabut kabel kuasa, atau keluarkan bateri. Anda juga perlu mengecas
bateri anda sepenuhnya sebelum mencabut kabel kuasa, dan juga menggunakan
bateri sepenuhnya sebelum mengecas semula.
Guna Antivirus ataupun Firewall
Adalah sangat penting untuk menggunakan program ataupun software
antivirus yang telah dikemas kini. Selain
itu, penting bagi anda juga untuk melindungi sebarang maklumat sulit yang mungkin terdapat
pada komputer anda.
Defragment Hard Drive anda
Jika anda menggunakan Mac, computer anda tidak perlu untuk defragment
kerana ianya akan secara automatik defragment. Sekiranya anda menggunakan PC,
anda harus defragment hard drive anda dengan kerap bagi memastikan komputer
anda berjalan lebih laju dan lancar.
Decluttering drive
anda
Hapuskan fail lama yang anda tidak perlukan lagi. Gunakan Disk Cleanup
untuk memadam fail sementara, fail dalam recycle bin, dan fail lain yang anda
tidak perlukan lagi.
Untuk
mengakses Disk Cleanup:
1.
Click Start
2.
All Programs
3.
Accessories
4.
System Tools
5.
Disk Cleanup
Anda juga
harus membersihkan atau membuang history dan muat turun history di dalam browser jika anda tidak memerlukannya lagi.
Jika anda
menggunakan Mozilla Firefox, pergi ke:
1.
Tools
2.
Clear Recent History
Jika anda
menggunakan Google Chrome, pergi ke:
1.
Settings (icon sebelah penjuru kanan)
2.
History
3.
Edit items
4.
Clear all browsing
data
Pastikan
komputer anda sejuk
Elakkan
menggunakan komputer anda pada atas permukaan lembut (seperti atas tilam dan
bantal) kerana itu akan menghalang udara daripada mengalir melalui komputer
anda. Cuba cari permukaan yang sejuk dan keras untuk komputer anda bagi
mengelakkan komputer terlalu panas dan untuk menggalakkan aliran udara.
Rileks dan
Bersabar. Jangan terlalu banyak jalankan program pada satu masa
Sebuah CPU hanya memerlukan sedikit bagian untuk
melakukan tugasnya. Bersabarlah dan ambil sedikit masa ketika
anda menjalankan program. Jangan segera tekan power button setiap kali komputer
anda hang walaupun dalam masa seminit. Tunggu
sebentar dan kemudian gunakan gerak hati anda untuk menilai samada anda perlu
reboot ataupun tidak.
credit to: turbofuture.com
credit to: turbofuture.com
💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,
PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU AHAD-Tutup
📍Maps: https://g.co/kgs/AFmXPg
☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)