Showing posts with label overheating. Show all posts
Showing posts with label overheating. Show all posts

Monday, March 5, 2018

Infografik Penyebab Komputer Anda Mati Secara Tiba-tiba

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Saturday, March 3, 2018

Penyebab komputer anda Mati secara tiba-tiba

Apabila komputer anda tetiba mati atau terpadam boleh menyebabkan anda berasa panik dan kebingungan. Kebanyakan daripada anda pasti akan melihat sumber kuasa untuk memastikan adakah itu mungkin penyebabnya.
Fakta, sebuah komputer mempunyai mekanisma perlindungannya sendiri yang terbina jika ada komponen di dalam komputer terlalu panas dan ianya akan mati atau terpadam secara sendiri bagi melindungi komputer tersebut. Ianya terpadam kerana bagi melindungi komputer anda daripada beberapa bahaya yang akan berlaku.

Kami akan memberikan lima sebab mengapa komputer anda secara tiba-tiba mati sendiri.

1. Kipas terlalu Kotor / Overheating
Ini adalah satu sebab kenapa komputer anda mati secara tiba-tiba. Biasanya yang menyebabkan komputer riba menjadi panas adalah meletakkan komputer riba di tempat yang lembut seperti tilam, bantal, dan lain-lain kerana apabila diletakkan di tempat seperti peredaran udara menjadi buruk, udara panas sukar untuk keluar dan digantikan dengan udara baru, udara yang panas di dalam komputer riba juga menyebabkan perkakasan di dalamnya menjadi panas.

Cara anda mengatasinya ialah mengetahui apakah yang menyebabkan haba tersebut. Jika anda seorang gamer, lihatlah pada kipas pada video kad, casing kipas dan kipas pada processors. Jika terdapat habuk yang banyak inilah faktor menyebabkan komputer anda mati secara tiba-tiba.
Apabila anda melihat kipas komputer anda yang berhabuk, luangkahlah masa sedikit untuk membersihkannya.

2. Masalah pada hardware 
Sebab lain komputer anda mati secara tiba-tiba adalah kegagalan atau masalah pada hardware dalam komputer anda. Jika sebelum itu anda pernah menambah hardware, cuba anda mengalih keluar atau cabut untuk mengetahui adakah ini masalahnya.

3. Voltan Pengecas Salah
Jika anda seorang gamer dan komputer anda mati semasa anda bermain game, kemungkinannya adalah sumber pengecas / kuasa anda. Banyak permainan memerlukan pengecas dengan kapasiti voltan yang lebih tinggi, dengan voltan pilihan dari 100w hingga 240w. Walau bagaimanapun kebanyakan pengguna komputer tidak sedar ini dan sebaliknya menggunakan pengecas yang 90 watt atau kurang.

4. RAM Bermasalah
Jika RAM bermasalah boleh menyebabkan RAM sukar untuk berfungsi secara optimum, sementara kerja pada komputer memerlukan prestasi RAM optimum, jadi pada keadaan ini hardware komputer lain bekerja lebih keras sehingga komputer cepat panas.  Penyebabnya boleh terjadi kerana RAM yang digunakan berdebu. Untuk menyelesaikan masalah ini, kita boleh membersihkan habuk yang ada pada RAM dengan menggunakan pemadam sahaja. Hanya membersihkan bahagian tembaga dari RAM sehingga bersih, jangan gunakan tangan kerana dikhuatiri tangan berminyak akan meninggalkan tanda.
Jika diperlukan, kapasiti RAM boleh dinaik taraf mengikut keperluan untuk prestasi RAM boleh dioptimumkan dan kerja komputer lebih ringan.

5. Thermal paste Pada  Processor Mengering dan keras
Biasanya komputer riba yang telah berusia, thermal paste yang terdapat pada processornya sudah mengering.Ya memang kita tidak boleh bergantung pada thermal paste selama-lamanya, ada kalanya thermal paste harus diganti.

credit to: technorms.com

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Tuesday, January 30, 2018

Kenapa laptop anda sering demam panas

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Wednesday, January 3, 2018

Kenapa perlu servis iMac

Kenapa komputer memerlukan aliran udara

Seperti manusia yang bernafas, komputer juga memerlukan udara segar, terutamanya untuk menyejukkan pemproses dan komponen lain semasa ianya panas. Memandangkan bentuk komputer desktop dan komputer riba menjadi lebih ideal dan lebih ringan, ia menjadi lebih penting bagi peranti ini untuk mendapatkan penyejukan yang betul untuk pemproses, GPU (grafik), dan cakera keras / pemacu keadaan pepejal.

Apa yang menyebabkan peranti terlalu panas?

Penyebab utama desktop atau komputer riba anda menjadi terlalu panas adalah kekurangan penyejukan. Ini biasanya disebabkan oleh beberapa jenis penyumbatan.

Sebagai contoh, habuk atau serpihan boleh terkumpul di dalam komputer atau pelabuhan destop anda, yang boleh menyebabkan ianya tersumbat atau menyekat saluran udara yang diperlukan untuk penyejukan yang betul. Selimut, pakaian, dan lain-lain jenis kain juga boleh menyekat aliran udara dan melindungi komponen dalaman komputer.

Untuk Apple iMac ini, habuk dan serpihan terkumpul menyebabkan kedua-dua kipas penyejukannya berfungsi dengan perlahan, akhirnya menyebabkan cakera keras menjadi terlalu panas dan terbakar.

Bagaimana untuk menjaga iMac anda agar berjalan lancar

Terdapat dua perkara iaitu jangka pendek dan jangka panjang yang boleh anda lakukan untuk membantu memastikan iMac anda berjalan lancar dan bertahan lebih lama.

Pertama, pastikan mesin anda mempunyai ruang yang cukup di sekelilingnya untuk aliran udara yang mencukupi; jangan tutup Imac anda dengan kain atau meletakkan iMac anda ditempat yang tertutup kerana ini dapat mengurangkan atau menyekat pengudaraan yang diperlukan.

Untuk memastikan iMac anda berjalan dengan baik  dalam jangka masa yang panjang, kami mencadangkan pembersihan dan pemeriksaan setiap tahun.

"Mat komputer ada menyediakan servis untuk iMac anda! Apa tunggu lagi, ayuhlah melawat kami di Nilai"

Credit by: sparkservices.net

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Thursday, December 7, 2017

Ada apa dengan heatsink

Apa itu heatsink?

Heatsink adalah komponen wajib ada di dalam komputer dan laptop. Heatsink ialah komponen yang selalu melekat di atas processor. Ia adalah logam yang di reka khas dan diperbuat dari tembaga atau aluminium dan berfungsi sebagai pemindahan haba dan membantu menyejukkan processor. 

Bagaimana heatsink bekerja?
Peranan heatsink adalah menyerap haba dari processor ketika laptop di hidupkan. Selain menyejukkan, heatsink juga melepaskan haba dengan bantuan kipas yang terpasang pada heatsink.

Bentuk
Heatsink direka dengan bentuk yang berbeza. Bentuk heatsink pada komputer dan laptop tidak sama dan setiap bentuk heatsink juga berlainan mengikut jenama.

*jangan sesekali hidupkan laptop tanpa ada heatsink kerana ia berbahaya untuk processor*

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Saturday, December 2, 2017

Cara memastikan jangka hayat bateri bertahan lama

Petua penjagaan bateri

  •  Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya apabila pertama kali anda menggunakannya.
  •  Seterusnya, tanpa “turn on” laptop, cas bateri selama 8 jam. Jika “indicator” di laptop sudah menunjukkan bateri penuh, teruskan juga cas sehingga lapan 8 jam. Peringatan, jangan sesekali ‘on’ laptop pada ketika itu.
  • Selepas mengecas 8 jam, cabut adapter charger dari laptop, dan dengan hanya menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Cara ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut.
  • Akhir sekali, anda boleh mengecas bateri seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah dicas 100%.
    Sikap yang perlu dielakkan

  •  Elakkan daripada sering mengecas bateri kerana setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas sahaja.Hal ini boleh mengurangkan bilangan pusingan tersebut.
  •  Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan cas. Kemudian cas semula kerana ini akan membantu mengembalikan kuasa optimum bateri anda.
  •  Sekiranya merancang untuk tidak menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurangnya 40%-50% kuasa dalam bateri itu. Apabila meninggalkan bateri dengan kuasa yang penuh, nescaya bateri akan perlahan-lahan membengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa lagi. Tiada kehadiran kuasa juga tidak bagus kerana akan mengakibatkan bateri tidak boleh dicas semula.
  • Kepanasan boleh mengurangkan had penyimpanan kuasa bateri. Elakkan daripada meletakkan laptop diatas permukaan yang memerangkap haba seperti di sofa, peha anda, dan selimut.
  •  Elakkan daripada overcharging kerana haba yang terhasil akan mengurangkan kualiti bateri.

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Tuesday, November 28, 2017

Servis laptop habuk tebal

Tidak pernah servis selepas membelinya

Mungkin sekali pandang kite ingat itu adalah cebisan span yang kotor. Tetapi anda salah kerana itulah habuk yang terkumpul. Tuan laptop nie kata dia tidak pernah servis sepanjang dia beli. Kipas yang sepatutnya berkerja keras untuk menyejukkan CPU juga tergendala kerana habuk yang tebal di bilah2 kipas dan menjadikannya semakin berat. Pengguna seharusnya servis keatas laptop paling kurang 6 bulan, kerana kadangkala kita sukar menjangka apa yang akan terjadi kepada laptop kita, dan langkah ini mampu mengurangkan kos yang lebih besar seperti kos membaiki motherboard.

💻📲🖥Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Laptop overheating

Tukar thermal paste elak overheating

Semua laptop tidak kisah daripada model apa seharusnya mendapat servis berkala. Seorang pelanggan kami nie datang kerana laptopnya sering demam panas/overheat dan kipas berbunyi. Setelah di cek, kami dapati thermal paste yang sudah keras telah menyebabkan konduktiviti haba pada gpu/cpu tidak baik lalu memaksa kipas berpusing lebih laju untuk menyejukkan chipset. Bunyi yang bising itu sebenarnya daripada kipas yang berpusing laju.

"Servise la laptop anda selalu untuk elak daripada terkena demam panas"