Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

Monday, April 9, 2018

Jenis-Jenis RAM dan Fungsinya


RAM merupakan komponen komputer yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan memori sementara ketika komputer tengah digunakan.

Penyimpanan RAM bersifat sementara setelah komputer mati, RAM akan kembali kosong dan diisi data baru yang diperlukan sewaktu komputer digunakan kembali. Menariknya, isi dari RAM dapat diakses secara random sehingga RAM lebih cepat daripada hard disk atau media penyimpanan lainnya.

RAM sendiri memiliki fungsi yang cukup penting dalam device komputer. Fungsi utama RAM ialah mempercepat pemprosesan data pada komputer. Tak heranla, semakin besar RAM yang dipasang, semakin cepat komputer bekerja.

Selain itu, RAM juga berfungsi sebagai media penyimpanan disaat komputer atau laptop dalam keadaan hidup. Misalkan, ketika kamu membuka sebuah dokumen di Microsoft Word, kemudian kamu tutup tanpa menyimpan terlebih dahulu, dokumen yang kamu ketik akan tersimpan di memori RAM. Maka, kamu bisa membuka dokumen tersebut melalui history terakhir dari Microsoft word tadi.

Berikut jenis RAM dan fungsinya yang mesti kamu tahu.

1. DRAM (Dynamic Random Access Memory)


Jenis RAM ini merupakan memori semikonduktor yang memerlukan kapasitor sebagai tumpuan untuk menyegarkan data yang ada di dalamnya. RAM ini memiliki kecepatan yang lebih tinggi dibanding EDO RAM. Namun, lebih rendah dibandingkan SRAM.

DRAM menggunakan satu transistor dan kapasitor per bit dalam strukturnya. Hal ini membuat RAM ini memiliki kepadatan yang cukup tinggi. DRAM memiliki frekuensi kerja yang bervariasi antara 4,7 Mhz hingga 40 Mhz.


2. SDRAM (Sychronous Dynamic Random Access Memory)



SDRAM menjadi RAM yang memiliki kecepatan cukup tinggi dibanding jenis-jenis RAM lainnya yakni kecepatan sampai 100 - 133 Mhz. RAM ini banyak digunakan pada tahun 1996 hingga 2003 dan merupakan jenis RAM yang memiliki 168 Pin saluran transfer data. Ciri-ciri RAM ini terdapat dua celah dibahagian kakinya. RAM ini akan diletakkan pada slot DIMM/SDRAM di motherboard yang mampu menampung memori mulai 16 MB hingga 1GB.


3. RDRAM (Rambus Dynamic Random Access Memory)


Komponen ini diperkenalkan pada tahun 1995 dengan kecepatan 600 Mbytes/sec. Pada tahun 1997, kecepatan RDRAM meningkat hingga 700 MBps, dan tahun 1998 menjadi 1,6 GBps. Tak heran, RAM ini awalnya dikembangkan untuk komputer dengan prosesor Pentium 4 atau untuk keperluan perangkat gaming. Slot memori untuk RDRAM ialah 184 pin.


4. EDORAM (Extended Data Out Random Access Memory)

RAM ini dikembangkan tahun 1995 dan memiliki kemampuan yang lebih cepat dalam membaca dan mentransfer data dibandingkan dengan jenis-jenis RAM lain. Slot memori untuk EDORAM ialah 72 pin. Bentuk komponen ini lebih panjang daripada RAM SIMM. Tak heran RAM ini sangat sesuai pada semua komputer Pentium. Selain itu, komponen ini juga sesuai untuk dipasang pada komputer dengan bus mencapai 66 Mhz.


5. FPM DRAM (First Page Mode DRAM)

Jenis RAM ini merupakan bentuk asli atau bentuk awal dari DRAM. Laju transfer maksimum untuk cache L2 mendekati 176 MB per detik. FPM bekerja pada frekuensi 16 MHz hingga 66 MHz dengan akses waktu hingga 50ns.


6. Flash RAM

Flash RAM merupakan jenis memori berkapasiti rendah yang digunakan pada perangkat elektronika seperti TV, VCR, hingga telefon lama. Memori ini dipasang pada perangkat yang memerlukan refresh dengan daya yang kecil.


7. VGRAM (Video Graphic Random Access Memory)


VGRAM biasanya digunakan untuk menyimpan kandungan pixel bagi sebuah paparan grafik. Penggunaan chip ini akan memberikan prestasi video yang baik dan mengurangi tekanan pada CPU.


8. DDR SDRAM (Double Date Rate SDRAM)


Jenis RAM ini memiliki kecepatan yang sangat tinggi diantara jenis-jenis RAM. Tak heran, RAM ini digunakan dimana-mana sahaj perangkat saat ini. RAM ini mampu menjalankan dua instruksi sekaligus dalam satuan waktu yang sama. Memori ini memiliki 184 pin. RAM jenis ini juga menggunakan daya listrik yang lebih rendah.

Jenis-jenis RAM berikutnya seperti DDR2 RAM hingga DDR3 RAM merupakan pengembangan dari DDR SDRAM. Kedua jenis RAM ini digunakan dibanyak komputer saat ini karena lebih jimat daya dan lebih optimum dengan kecepatan tinggi. Untuk kapasiti memori jenis ini pun cukup besar hingga 4 GB per chipnya.


9. SO – DIMM (Small Outline Dual in-line Memory Module)

Memori ini merupakan jenis memori yang digunakan pada notebook. Bentuk fizikalnya cukup ringkas, besarnya setengah dari DDR RAM sehingga lebih menjimat ruang. Jenis memori ini biasanya mengikuti perkembangan RAM untuk komputer desktop.



credit to: pricebook.co


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Wednesday, February 14, 2018

Cara Menggunakan WhatsApp pada PC anda, 2 Cara Mudah



Tidak dapat disangkal lagi bahawa WhatsApp merupakan perkhidmatan mesej secara online yang paling popular sehingga ke hari ini. Platform ini mempunyai kira-kira 1.3 bilion pengguna aktif. Terdapat banyak kaedah untuk memasang dan menggunakan WhatsApp pada PC. Dalam artikel ini, kami akan menyenaraikan dua cara paling mudah untuk memasang dan menggunakan WhatsApp pada PC.

Gunakan WhatsApp Web Melalui Web Browser

1. Pastikan laptop atau pc anda disambungkan ke internet, dan mempunyai browser sekurang-kurangnya google chrome.
2. Pastikan telefon android anda sudah menggunakan versi terbaru aplikasi whatsapp, jika tidak, sila muat turun whatsapp apk terkini, dan sudah tentu aplikasi whatsappnya dihubungkan dengan nombor telefon yang anda gunakan dalam telefon android.
3. Jika sudah selesai sila buka laman web whatsapp, https://web.whatsapp.com/Pada whatsapp web ini berfungsi untuk laman kita chat dan menggunakan aplikasi whatsapp di laptop atau pc kita nanti nya. Nanti ia akan muncul kod imbas seperti gambar dalam di bawah ini.


 4. Setelah berjaya, anda akan melihat akaun WhatsApp yang anda sambungkan pada PC sudah boleh digunakan untuk chat, menghantar imej dari folder dan terus mengambil gambar dari PC / Laptop jika ada.






Gunakan WhatsApp Pada PC anda Menggunakan Bluestacks

Bluestacks adalah emulator Android terbaik untuk PC. First sekali, anda perlu memuat turunnya dari laman web rasmi mereka dan memasangnya. Anda perlu consider kaedah ini jika anda mahu pemasangan WhatsApp secara standalone pada PC anda. Jadi, ya, anda tidak perlu mempunyai sambungan Internet aktif pada telefon pintar anda untuk dapat menghantar atau menerima mesej di PC.

  
1. Setelah dipasang, log masuk menggunakan akaun Google anda untuk mula menggunakannya.
2. Selepas anda berjaya menyambungkan akaun Google anda, pergi ke App Center dan cari "WhatsApp."
3. Teruskan untuk meng"install" WhatsApp.
4. Sekarang, selepas pemasangan berjaya, anda akan menemui WhatsApp yang terdapat pada tab My Apps dalam Bluestacks. Hanya tekan dan lancarkan.



Sama seperti telefon pintar anda, anda perlu memasukkan nombor telefon dan kemudian mengesahkannya menggunakan kod pengesahan yang dihantar kepada anda melalui SMS. Sekarang anda boleh mengguna WhatsApp di Pc seperti biasa.

credit to: ubergizmo.com

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau