Petua penjagaan bateri
- Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya apabila pertama kali anda menggunakannya.
- Seterusnya, tanpa “turn on” laptop, cas bateri selama 8 jam. Jika “indicator” di laptop sudah menunjukkan bateri penuh, teruskan juga cas sehingga lapan 8 jam. Peringatan, jangan sesekali ‘on’ laptop pada ketika itu.
- Selepas mengecas 8 jam, cabut adapter charger dari laptop, dan dengan hanya menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Cara ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut.
- Akhir sekali, anda boleh mengecas bateri seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah dicas 100%.
- Elakkan daripada sering mengecas bateri kerana setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas sahaja.Hal ini boleh mengurangkan bilangan pusingan tersebut.
Sikap yang perlu dielakkan
- Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan cas. Kemudian cas semula kerana ini akan membantu mengembalikan kuasa optimum bateri anda.
- Sekiranya merancang untuk tidak menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurangnya 40%-50% kuasa dalam bateri itu. Apabila meninggalkan bateri dengan kuasa yang penuh, nescaya bateri akan perlahan-lahan membengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa lagi. Tiada kehadiran kuasa juga tidak bagus kerana akan mengakibatkan bateri tidak boleh dicas semula.
- Kepanasan boleh mengurangkan had penyimpanan kuasa bateri. Elakkan daripada meletakkan laptop diatas permukaan yang memerangkap haba seperti di sofa, peha anda, dan selimut.
- Elakkan daripada overcharging kerana haba yang terhasil akan mengurangkan kualiti bateri.
💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,
PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU AHAD-Tutup
📍Maps: https://g.co/kgs/AFmXPg
☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
No comments:
Post a Comment