Wednesday, April 18, 2018

Cara tukar ke local account dari account Microsoft dengan windows 10

Dengan login/sign-in ke komputer Windows menggunakan akaun Microsoft, tentu banyak kelebihan yang ditawarkan kerana user lebih mudah terintegrasi dengan layanan dari Microsoft, seperti email, onedrive, dll.

Tapi kerana sebab tertentu mungkin anda ingin kembali ke user/akaun lokal.

Untuk kembali ke akaun lokal di Windows 10

1. Klik pada Start menu program.
2. Pilih Settings.


3. Pada tetingkap Settings, pilih Accounts.


4. Pada tetingkap Accounts pilih:  Sign in with a local account instead.


5. Akan diminta memasukkan password akaun Microsoft anda
6. Pilih lokal akaun dan buat/setting kembali password untuk lokal akaun anda, biarkan kalau tidak ingin menggunakan password. klik Next.



7. Pilih Sign out and Finish, maka anda sudah dapat menggunakan kembali user/akaun lokal untuk log in/sign in di komputer Windows 10 anda.


credit to: tipstriks.com


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Tuesday, April 17, 2018

Cara melakukan klon pada Hard Disk


1- Pasang harddisk Utama (hari disk yang hendak di klon) pada slot A atau slot pertama.
2- Pasang hard disk kosong pada slot B atau slot kedua.
3- Tekan butang "Clone" pada docking tersebut 2 kali.


4- Tunggu hingga proses cloning selesai sampai 100%

Lebih besar file, lebih lama proses mengklon hard disk tersebut. Selamat mencuba.



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Monday, April 16, 2018

Cara disable atau offkan Autoplay Video Facebook pada phone anda

Ketika kita asyik bersosial media di facebook khususnya, apabila kita scroll posting di News Feed faceook  pada phone. Seringkali bila terjmpa video,  ianya akn secara sendiri play tnpa kita tekan butang play. Ini boleh menyebabkan data pada phone kita semakin berkurang. Jadi bagaimana hendak mengoffkan perkara ini terus berlaku.

Di sini saya akan kongsikan tips bagaimana mengoffkan atau disable autoplay di facebook pada phone kita. First klik menu bar yang ada belah kanan atas, pilih App Setting-> Autoplay-> On Wi-Fi Connections only.Ataupun anda boleh memilih "Never Autoplaying Videos" jika anda tidak mahu autoplay video meskipun dengan Wifi. Jadinya video hanya akan play jika kita yang klik sendiri butang play.


Begitulah cara mudah disable autoplay facebook pada phone anda. Harap ianya berguna untuk anda semua. Sekian terima kasih.



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Tips penjagaan laptop dengan betul

Friday, April 13, 2018

3 Tips Untuk Beli Pendrive



1- Tujuan pembelian

Apa tujuan anda membeli pendrive? Sekiranya anda mahu menyimpan video HD, anda mungkin memerlukan pendrive bersaiz 16 GB atau 32 GB. Sekiranya anda hanya mengunakan untuk kegunaan biasa (simpan word,pdf) 8 GB atau 4 GB sudah memadai.

Anda mungkin mahu membeli 2 pendrive 8GB berbanding 1 pendrive 16 GB di mana satu pendrive digunakan untuk format manakala satu lagi untuk menyimpan data. Bergantung pada tujuan anda.

2- Kelajuan

Tidak semua pendrive mempunyai kelajuan yang sama. Sekarang sudah ada USB 2.0 dan 3.0 di mana USB 3.0 mempunyai kelajuan melebihi 60MB/s dan ianya boleh dimasukkan di slot USB 2.0 tanpa mencari slot khas. Dengan sedikit pelaburan, anda boleh memindah files atau folder dengan cepat

3- Keselamatan

Kebiasaan pendrive menghadapi persekitaran yang lasak, seperti di dalam poket bersama barang lain, tercampak atau terpijak. Pendrive yang mempunyai penutup atau Cap besi lebih tahan daripada plastik atau tiada. Sesetengah pendrive mempunyai program auto-backup atau lock untuk keselamatan data anda. Namun adalah diingatkan bahawa data di pendrive tidak kekal kerana ianya boleh hilang dengan sekelip mata. Membuat data backup di drive lain atau di cloud (internet) amatlah disarankan.


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Tuesday, April 10, 2018

Tips Memilih Charger Laptop


1. Jenapa Laptop atau netbook


Sebelum membeli lihat dulu Jenama laptop atau netbook yang kita punya, Contohnya seperti HP Compaq, Asus, Acer, Dell Lenovo, Toshiba, Sony, Fujitsu dan samsung dan sebagainya.  Jenama itu menentukan samada sesuai atau tidak charger tersebut. Perbezaan pada jenama  adalah pada bentuk connector chargernya.

2. Volt Ampere


Volt ampere sangat penting untuk menentukan besarnya daya/arus listik yang akan masuk ke charger. Besarnya daya/arus listrik yang masuk tidak sesuai akan menyebabkan jangka hayat bateri anda akan semakin singkat. Volt ampere itu pada charger misalnya 19V-3.42A.

3. Pastikan  Jenis Connectornya Sama


Selain itu, kita harus memastikan jenis connectornya pada charger laptop sama dengan charger yang original. Jenis connectornya ini akan sangat menentukan samada boleh atau tidak charger adaptor laptop tersebut boleh digunakan. Jenis connector charger laptop selalunya berupa pin/Jarum. Saiz kepalanya juga berbeza-beza mengikut laptop. Jadi bijaklah membuat keputusan.




💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Monday, April 9, 2018

Jenis-Jenis RAM dan Fungsinya


RAM merupakan komponen komputer yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan memori sementara ketika komputer tengah digunakan.

Penyimpanan RAM bersifat sementara setelah komputer mati, RAM akan kembali kosong dan diisi data baru yang diperlukan sewaktu komputer digunakan kembali. Menariknya, isi dari RAM dapat diakses secara random sehingga RAM lebih cepat daripada hard disk atau media penyimpanan lainnya.

RAM sendiri memiliki fungsi yang cukup penting dalam device komputer. Fungsi utama RAM ialah mempercepat pemprosesan data pada komputer. Tak heranla, semakin besar RAM yang dipasang, semakin cepat komputer bekerja.

Selain itu, RAM juga berfungsi sebagai media penyimpanan disaat komputer atau laptop dalam keadaan hidup. Misalkan, ketika kamu membuka sebuah dokumen di Microsoft Word, kemudian kamu tutup tanpa menyimpan terlebih dahulu, dokumen yang kamu ketik akan tersimpan di memori RAM. Maka, kamu bisa membuka dokumen tersebut melalui history terakhir dari Microsoft word tadi.

Berikut jenis RAM dan fungsinya yang mesti kamu tahu.

1. DRAM (Dynamic Random Access Memory)


Jenis RAM ini merupakan memori semikonduktor yang memerlukan kapasitor sebagai tumpuan untuk menyegarkan data yang ada di dalamnya. RAM ini memiliki kecepatan yang lebih tinggi dibanding EDO RAM. Namun, lebih rendah dibandingkan SRAM.

DRAM menggunakan satu transistor dan kapasitor per bit dalam strukturnya. Hal ini membuat RAM ini memiliki kepadatan yang cukup tinggi. DRAM memiliki frekuensi kerja yang bervariasi antara 4,7 Mhz hingga 40 Mhz.


2. SDRAM (Sychronous Dynamic Random Access Memory)



SDRAM menjadi RAM yang memiliki kecepatan cukup tinggi dibanding jenis-jenis RAM lainnya yakni kecepatan sampai 100 - 133 Mhz. RAM ini banyak digunakan pada tahun 1996 hingga 2003 dan merupakan jenis RAM yang memiliki 168 Pin saluran transfer data. Ciri-ciri RAM ini terdapat dua celah dibahagian kakinya. RAM ini akan diletakkan pada slot DIMM/SDRAM di motherboard yang mampu menampung memori mulai 16 MB hingga 1GB.


3. RDRAM (Rambus Dynamic Random Access Memory)


Komponen ini diperkenalkan pada tahun 1995 dengan kecepatan 600 Mbytes/sec. Pada tahun 1997, kecepatan RDRAM meningkat hingga 700 MBps, dan tahun 1998 menjadi 1,6 GBps. Tak heran, RAM ini awalnya dikembangkan untuk komputer dengan prosesor Pentium 4 atau untuk keperluan perangkat gaming. Slot memori untuk RDRAM ialah 184 pin.


4. EDORAM (Extended Data Out Random Access Memory)

RAM ini dikembangkan tahun 1995 dan memiliki kemampuan yang lebih cepat dalam membaca dan mentransfer data dibandingkan dengan jenis-jenis RAM lain. Slot memori untuk EDORAM ialah 72 pin. Bentuk komponen ini lebih panjang daripada RAM SIMM. Tak heran RAM ini sangat sesuai pada semua komputer Pentium. Selain itu, komponen ini juga sesuai untuk dipasang pada komputer dengan bus mencapai 66 Mhz.


5. FPM DRAM (First Page Mode DRAM)

Jenis RAM ini merupakan bentuk asli atau bentuk awal dari DRAM. Laju transfer maksimum untuk cache L2 mendekati 176 MB per detik. FPM bekerja pada frekuensi 16 MHz hingga 66 MHz dengan akses waktu hingga 50ns.


6. Flash RAM

Flash RAM merupakan jenis memori berkapasiti rendah yang digunakan pada perangkat elektronika seperti TV, VCR, hingga telefon lama. Memori ini dipasang pada perangkat yang memerlukan refresh dengan daya yang kecil.


7. VGRAM (Video Graphic Random Access Memory)


VGRAM biasanya digunakan untuk menyimpan kandungan pixel bagi sebuah paparan grafik. Penggunaan chip ini akan memberikan prestasi video yang baik dan mengurangi tekanan pada CPU.


8. DDR SDRAM (Double Date Rate SDRAM)


Jenis RAM ini memiliki kecepatan yang sangat tinggi diantara jenis-jenis RAM. Tak heran, RAM ini digunakan dimana-mana sahaj perangkat saat ini. RAM ini mampu menjalankan dua instruksi sekaligus dalam satuan waktu yang sama. Memori ini memiliki 184 pin. RAM jenis ini juga menggunakan daya listrik yang lebih rendah.

Jenis-jenis RAM berikutnya seperti DDR2 RAM hingga DDR3 RAM merupakan pengembangan dari DDR SDRAM. Kedua jenis RAM ini digunakan dibanyak komputer saat ini karena lebih jimat daya dan lebih optimum dengan kecepatan tinggi. Untuk kapasiti memori jenis ini pun cukup besar hingga 4 GB per chipnya.


9. SO – DIMM (Small Outline Dual in-line Memory Module)

Memori ini merupakan jenis memori yang digunakan pada notebook. Bentuk fizikalnya cukup ringkas, besarnya setengah dari DDR RAM sehingga lebih menjimat ruang. Jenis memori ini biasanya mengikuti perkembangan RAM untuk komputer desktop.



credit to: pricebook.co


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau