Monday, December 4, 2017

Macbook Air untuk penggunaan seharian

Untuk penggunaan komputer seharian, MacBook Air menjadi pilihan yang sesuai. Kapasiti penyimpanannya agak terhad (128GB / 256GB). Walaupun ia dapat ditingkatkan pada masa akan datang, tetapi harga SSD yang masih agak mahal perlu dipertimbangkan. Selain itu, kapasiti RAM juga terbatas dari segi fleksibiliti, tidak dapat ditambahkan. Tapi, umumnya 4GB sudah cukup untuk keperluan harian. Ketiadaan SuperDrive tidak lagi menjadi masalah pada masa kini. Penggunaan kepingan optik jarang ditemui sekarang. Walau bagaimanapun, jika anda sering menggunakan kepingan-kepingan optik, pertimbangkan untuk membeli SuperDrive luaran. Jika anda tidak mahu  membawa SuperDrive luaran, pilihlah MacBook Pr.

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Tip penjagaan keyboard yang betul

Tips-tips menjaga Keyboard

-          Menggunakan pelindung keyboard
-          Jauhkan makanan dan minuman atau merokok dari laptop
-          Kurangkan bermain game dengan menggunakan keyboard laptop
-          Sentisa membersihkan keyboard
-          Jangan meletakkan barang lain diatas keyboard
-          Jangan tekan dan menaip dengan kasar
-          Jauhkan dari kepanasan melampau atau terkena sinaran matahari secara terus

Kenapa keyboard laptop boleh rosak?

 Bermain permainan komputer menggunakan keyboard laptop. Tidak kisahlah permainan jenis apa pun kerana apabila melibatkan emosi, anda akan secara tidak sengaja menekan butang keyboard dengan penuh emosi dan menyebabkan kerosakan pada keyboard laptop anda. Bagi mengelakkan masalah sama berulang, anda disarankan untuk membeli external keyboard untuk bermain permainan komputer. Biasanya yang terjadi adalah air tertumpah di atas laptop. Walaupun laptop dibiarkan kering seketika akan tetapi litar elektronik pada keyboard mungkin tidak lagi selamat. Untuk mencegah hal tersebut, anda boleh memasang pelindung keyboard pada laptop anda

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Saturday, December 2, 2017

Cara memastikan jangka hayat bateri bertahan lama

Petua penjagaan bateri

  •  Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya apabila pertama kali anda menggunakannya.
  •  Seterusnya, tanpa “turn on” laptop, cas bateri selama 8 jam. Jika “indicator” di laptop sudah menunjukkan bateri penuh, teruskan juga cas sehingga lapan 8 jam. Peringatan, jangan sesekali ‘on’ laptop pada ketika itu.
  • Selepas mengecas 8 jam, cabut adapter charger dari laptop, dan dengan hanya menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Cara ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut.
  • Akhir sekali, anda boleh mengecas bateri seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah dicas 100%.
    Sikap yang perlu dielakkan

  •  Elakkan daripada sering mengecas bateri kerana setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas sahaja.Hal ini boleh mengurangkan bilangan pusingan tersebut.
  •  Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan cas. Kemudian cas semula kerana ini akan membantu mengembalikan kuasa optimum bateri anda.
  •  Sekiranya merancang untuk tidak menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurangnya 40%-50% kuasa dalam bateri itu. Apabila meninggalkan bateri dengan kuasa yang penuh, nescaya bateri akan perlahan-lahan membengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa lagi. Tiada kehadiran kuasa juga tidak bagus kerana akan mengakibatkan bateri tidak boleh dicas semula.
  • Kepanasan boleh mengurangkan had penyimpanan kuasa bateri. Elakkan daripada meletakkan laptop diatas permukaan yang memerangkap haba seperti di sofa, peha anda, dan selimut.
  •  Elakkan daripada overcharging kerana haba yang terhasil akan mengurangkan kualiti bateri.

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Penggantian power supply serta servis CPU di Nilai.

Customer nie hantar CPUnya kepada kami untuk di service setelah power supply menemui ajalnya.Kami dapati habuk tebal di atas motherboard dan kipas yang menjadikan CPU bergerak perlahan. Kini CPU beroperasi dengan tenaga yang baru serta komponen di dlm bebas daripada habuk dan cantik seperti baru beli.

"Semahal apapun barang, jika tidak di service dan diberi ubat, tetap tidak akan bertahan lama"

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Thursday, November 30, 2017

Tukar Bateri Macbook, HDD dan HD Caddy

Abg ni datang ke Mat komputer nilai untuk menukar bateri Macbooknya yang telah kembung. Jika dibiarkan berlarutan, berkemungkinan touchpad akan pecah kerana kedudukan bateri betul-betul di bawahnya. Selain itu, abg nie upgrade Hard Disk Driver (HDD) dia kepada kapasiti yang lebih besar beserta Hard Drive Caddy.

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Wednesday, November 29, 2017

Kipas laptop patah

Laptop HP model TPN 1150

Tuan empunya laptop nie telah datang kepada kami untuk mengadu masalahnya bahawa kipas laptop berbunyi terlampau kuat dan selalu autoshutdown. Selepas kami buka casing laptopnya, kami menjumpai banyak serpihan objek patah yang merupakan bilah kipas. Pada kipas tersebut, hampir separuh daripada jumlah bilah telah hilang dan tidak hairanlah laptop akak nie selalu autoshutdown.

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

HDD VS SSD

"Agak-agak semua sapa yang masuk window dulu dan sejauh manakah beza kelajuan mereka? Jom kite lihat video yang berdurasi beberapa minit ini."

💻📲🖥Mat Komputer Nilai,