Tuesday, December 5, 2017

Kekalkan Mac anda sihat dan selamat



Tips bagi memastikan Mac anda sihat dan selamat



  • Membuat sandaran data anda dengan kerap - Bersiap sedia jika terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini seperti mac terhempas, kerosakan cakera keras ataupun virus menyerang.
  • Kurangkan utiliti dan perkhidmatan yang berjalan di latar belakang - Printer, Bluetooth,cloud-based merupkan item yang berjalan di latar belakang anda lalu boleh memonopoli RAM dan melambatkan Mac.Untuk mengetahui tugas mana yang sedang berjalan di latar belakang, lihat ke sudut kanan atas skrin anda dan lihat berapa banyak ikon yang dibariskan di bar navigasi atas bersama ikon bateri dan Wi-Fi anda.
  • Memasang perisian anti-malware -  Ramai pengguna menganggap Mac tidak terdedah kepada virus. Namun tanggapan mereka salah kerana jumlah malware yang mensasarkan pengendalian OS X semakin berkembang setelah Mac menjadi popular dalam kalangan masyarakat.
  • Bersihkan fail lama kepunyaan anda - Anda harus mempunyai sekurang-kurangnya 10% ruang cakera yang kosong pada setiap masa, dan mungkin lebih jika anda boleh memadamkannya. Jadi, jika anda mempunyai cakera keras 500 gigabait, anda harus meninggalkan 50GB percuma untuk prestasi terbaik.
  • Pastikan desktop anda bersih - Sesetengah pengguna Mac suka menyimpan semua aplikasi, folder, atau dokumen mereka yang paling kerap digunakan di desktop mereka, tetapi percaya atau tidak, tabiat ini sebenarnya boleh menjadikan Mac anda lambat dan lembap. Mac perlu menyumbangkan RAM untuk memaparkan setiap ikon pada desktop anda, jadi semakin penuh desktop anda, sumber komputer yang kurang digunakan mesin anda pada tugas lain.
  • Kemas kini perisian (jika perlu) - Kebiasanya anda akan dimaklumkan apabila terdapat aplikasi atau pembaruan OS X yang menunggu untuk dipasang pada mesin anda. Untuk memastikan Mac anda dilengkapi dengan baik untuk mengatasi kelemahan dan mengelakkan pepijat, mengemas kini perisian anda dengan kerap adalah suatu keharusan.
  • Matikan aplikasi anda apabila anda tidak menggunakannya - Program penutupan menggunakan butang merah X akan sering tidak mematikan program itu. Akibatnya, anda mungkin menjalankan program seperti iTunes, Microsoft Word, atau bahkan pelayar web anda apabila anda tidak menggunakannya di mana boleh menggunakan RAM dan CPU, memanaskan mesin anda, dan menyebabkan kelembapan di tempat lain. Untuk melihat aplikasi yang anda buka, klik menu Apple di penjuru kiri sebelah atas skrin dan pilih "Force Quit." 



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Kegunaan Bateri CMOS





Setiap motherboard pasti mempunyai bateri yang berbentuk bulat dan selalu kita jumpanya pada sesetengah jam. Bateri ini dinamakan bateri CMOS (Complementary Metal Oxide Semicoductor). Ralat/error akan wujud semasa proses POST komputer jika bateri CMOS tidak dipasang pada motherboard atau ketika kuasa bateri telah lemah. Sekiranya terus dipaksa beroperasi tanpa CMOS, maka komputer tersebut akan menggunakan Bios "default setting". Cmos akan bertahan selama 5 tahun jika sering "force shutdown"dan seharusnya ditukar segera. 


Fungsi Bateri CMOS


1)Menyimpan masa komputer (time setting)
2)menyimpan Bios settings



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Monday, December 4, 2017

Fungsi dan penjagaan RAM





DDR 2


Fungsi RAM

Fungsi RAM adalah untuk mempercepatkan laptop dan komputer anda akan tetapi RAM bukan komponen utama dalam mempercepatkan kerja. RAM hanya mampu membantu proses mempercepatkan kerja anda sahaja. Jika semakin besar saiz RAM laptop/komputer anda semakin laju prosesnya. RAM mempunyai pelbagai saiz antaranya 2GB,4GB,16GB,32GB dan sebagainya.



Cara membersihkan RAM

               Menyediakan peralatan untuk membersihkan RAM komputer/laptop seperti tisu atau kain bersih. Sebelum meneruskan proses seterusnya, anda harus memastikan telah mencabut bateri atau power daripada laptop/komputer anda bagi mengelakkan terkena elektrik.
            Selepas mencabut RAM, letakan di atas kain yang bersih dan bersihkan slot dari habuk atau debu yang telah melekat pada slot RAM sehingga bersih.
     -      Gosok bahagian yang berwarna di motherboard laptop/komputer sehingga bersih dari debu mengunakan tisu yang telah disediakan tadi.        Lakukan hal yang sama pada RAM anda, bersihkan bahagian yang berwarna emas dengan menggunakan pemadam dan gosok sehingga bersih RAM anda.
-          Setelah memastikan RAM dan juga slot RAM anda telah bersih daripada habuk atau debu, anda boleh memasang kembali RAM pada slotnya semula.
-          Pasangkan kembali bateri atau power pada laptop/komputer anda dan selamat menggunakan seperti biasa.


                                                  💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)


Macbook Air untuk penggunaan seharian






Untuk penggunaan komputer seharian, MacBook Air menjadi pilihan yang sesuai. Kapasiti penyimpanannya agak terhad (128GB / 256GB). Walaupun ia dapat ditingkatkan pada masa akan datang, tetapi harga SSD yang masih agak mahal perlu dipertimbangkan. Selain itu, kapasiti RAM juga terbatas dari segi fleksibiliti, tidak dapat ditambahkan. Tapi, umumnya 4GB sudah cukup untuk keperluan harian. Ketiadaan SuperDrive tidak lagi menjadi masalah pada masa kini. Penggunaan kepingan optik jarang ditemui sekarang. Walau bagaimanapun, jika anda sering menggunakan kepingan-kepingan optik, pertimbangkan untuk membeli SuperDrive luaran. Jika anda tidak mahu  membawa SuperDrive luaran, pilihlah MacBook Pr.


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Tip penjagaan keyboard yang betul


Tips-tips menjaga Keyboard

-          Menggunakan pelindung keyboard
-          Jauhkan makanan dan minuman atau merokok dari laptop
-          Kurangkan bermain game dengan menggunakan keyboard laptop
-          Sentisa membersihkan keyboard
-          Jangan meletakkan barang lain diatas keyboard
-          Jangan tekan dan menaip dengan kasar
-          Jauhkan dari kepanasan melampau atau terkena sinaran matahari secara terus


Kenapa keyboard laptop boleh rosak?


 Bermain permainan komputer menggunakan keyboard laptop. Tidak kisahlah permainan jenis apa pun kerana apabila melibatkan emosi, anda akan secara tidak sengaja menekan butang keyboard dengan penuh emosi dan menyebabkan kerosakan pada keyboard laptop anda. Bagi mengelakkan masalah sama berulang, anda disarankan untuk membeli external keyboard untuk bermain permainan komputer. Biasanya yang terjadi adalah air tertumpah di atas laptop. Walaupun laptop dibiarkan kering seketika akan tetapi litar elektronik pada keyboard mungkin tidak lagi selamat. Untuk mencegah hal tersebut, anda boleh memasang pelindung keyboard pada laptop anda



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)


Saturday, December 2, 2017

Cara memastikan jangka hayat bateri bertahan lama


Petua penjagaan bateri

  •  Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya apabila pertama kali anda menggunakannya.
  •  Seterusnya, tanpa “turn on” laptop, cas bateri selama 8 jam. Jika “indicator” di laptop sudah menunjukkan bateri penuh, teruskan juga cas sehingga lapan 8 jam. Peringatan, jangan sesekali ‘on’ laptop pada ketika itu.
  • Selepas mengecas 8 jam, cabut adapter charger dari laptop, dan dengan hanya menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Cara ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut.
  • Akhir sekali, anda boleh mengecas bateri seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah dicas 100%.
    Sikap yang perlu dielakkan

  •  Elakkan daripada sering mengecas bateri kerana setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas sahaja.Hal ini boleh mengurangkan bilangan pusingan tersebut.
  •  Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan cas. Kemudian cas semula kerana ini akan membantu mengembalikan kuasa optimum bateri anda.
  •  Sekiranya merancang untuk tidak menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurangnya 40%-50% kuasa dalam bateri itu. Apabila meninggalkan bateri dengan kuasa yang penuh, nescaya bateri akan perlahan-lahan membengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa lagi. Tiada kehadiran kuasa juga tidak bagus kerana akan mengakibatkan bateri tidak boleh dicas semula.
  • Kepanasan boleh mengurangkan had penyimpanan kuasa bateri. Elakkan daripada meletakkan laptop diatas permukaan yang memerangkap haba seperti di sofa, peha anda, dan selimut.
  •  Elakkan daripada overcharging kerana haba yang terhasil akan mengurangkan kualiti bateri.

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Penggantian power supply serta servis CPU di Nilai.





Customer nie hantar CPUnya kepada kami untuk di service setelah power supply menemui ajalnya.Kami dapati habuk tebal di atas motherboard dan kipas yang menjadikan CPU bergerak perlahan. Kini CPU beroperasi dengan tenaga yang baru serta komponen di dlm bebas daripada habuk dan cantik seperti baru beli.

"Semahal apapun barang, jika tidak di service dan diberi ubat, tetap tidak akan bertahan lama"



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)