Friday, April 13, 2018

3 Tips Untuk Beli Pendrive



1- Tujuan pembelian

Apa tujuan anda membeli pendrive? Sekiranya anda mahu menyimpan video HD, anda mungkin memerlukan pendrive bersaiz 16 GB atau 32 GB. Sekiranya anda hanya mengunakan untuk kegunaan biasa (simpan word,pdf) 8 GB atau 4 GB sudah memadai.

Anda mungkin mahu membeli 2 pendrive 8GB berbanding 1 pendrive 16 GB di mana satu pendrive digunakan untuk format manakala satu lagi untuk menyimpan data. Bergantung pada tujuan anda.

2- Kelajuan

Tidak semua pendrive mempunyai kelajuan yang sama. Sekarang sudah ada USB 2.0 dan 3.0 di mana USB 3.0 mempunyai kelajuan melebihi 60MB/s dan ianya boleh dimasukkan di slot USB 2.0 tanpa mencari slot khas. Dengan sedikit pelaburan, anda boleh memindah files atau folder dengan cepat

3- Keselamatan

Kebiasaan pendrive menghadapi persekitaran yang lasak, seperti di dalam poket bersama barang lain, tercampak atau terpijak. Pendrive yang mempunyai penutup atau Cap besi lebih tahan daripada plastik atau tiada. Sesetengah pendrive mempunyai program auto-backup atau lock untuk keselamatan data anda. Namun adalah diingatkan bahawa data di pendrive tidak kekal kerana ianya boleh hilang dengan sekelip mata. Membuat data backup di drive lain atau di cloud (internet) amatlah disarankan.


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Tuesday, April 10, 2018

Tips Memilih Charger Laptop


1. Jenapa Laptop atau netbook


Sebelum membeli lihat dulu Jenama laptop atau netbook yang kita punya, Contohnya seperti HP Compaq, Asus, Acer, Dell Lenovo, Toshiba, Sony, Fujitsu dan samsung dan sebagainya.  Jenama itu menentukan samada sesuai atau tidak charger tersebut. Perbezaan pada jenama  adalah pada bentuk connector chargernya.

2. Volt Ampere


Volt ampere sangat penting untuk menentukan besarnya daya/arus listik yang akan masuk ke charger. Besarnya daya/arus listrik yang masuk tidak sesuai akan menyebabkan jangka hayat bateri anda akan semakin singkat. Volt ampere itu pada charger misalnya 19V-3.42A.

3. Pastikan  Jenis Connectornya Sama


Selain itu, kita harus memastikan jenis connectornya pada charger laptop sama dengan charger yang original. Jenis connectornya ini akan sangat menentukan samada boleh atau tidak charger adaptor laptop tersebut boleh digunakan. Jenis connector charger laptop selalunya berupa pin/Jarum. Saiz kepalanya juga berbeza-beza mengikut laptop. Jadi bijaklah membuat keputusan.




💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Monday, April 9, 2018

Jenis-Jenis RAM dan Fungsinya


RAM merupakan komponen komputer yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan memori sementara ketika komputer tengah digunakan.

Penyimpanan RAM bersifat sementara setelah komputer mati, RAM akan kembali kosong dan diisi data baru yang diperlukan sewaktu komputer digunakan kembali. Menariknya, isi dari RAM dapat diakses secara random sehingga RAM lebih cepat daripada hard disk atau media penyimpanan lainnya.

RAM sendiri memiliki fungsi yang cukup penting dalam device komputer. Fungsi utama RAM ialah mempercepat pemprosesan data pada komputer. Tak heranla, semakin besar RAM yang dipasang, semakin cepat komputer bekerja.

Selain itu, RAM juga berfungsi sebagai media penyimpanan disaat komputer atau laptop dalam keadaan hidup. Misalkan, ketika kamu membuka sebuah dokumen di Microsoft Word, kemudian kamu tutup tanpa menyimpan terlebih dahulu, dokumen yang kamu ketik akan tersimpan di memori RAM. Maka, kamu bisa membuka dokumen tersebut melalui history terakhir dari Microsoft word tadi.

Berikut jenis RAM dan fungsinya yang mesti kamu tahu.

1. DRAM (Dynamic Random Access Memory)


Jenis RAM ini merupakan memori semikonduktor yang memerlukan kapasitor sebagai tumpuan untuk menyegarkan data yang ada di dalamnya. RAM ini memiliki kecepatan yang lebih tinggi dibanding EDO RAM. Namun, lebih rendah dibandingkan SRAM.

DRAM menggunakan satu transistor dan kapasitor per bit dalam strukturnya. Hal ini membuat RAM ini memiliki kepadatan yang cukup tinggi. DRAM memiliki frekuensi kerja yang bervariasi antara 4,7 Mhz hingga 40 Mhz.


2. SDRAM (Sychronous Dynamic Random Access Memory)



SDRAM menjadi RAM yang memiliki kecepatan cukup tinggi dibanding jenis-jenis RAM lainnya yakni kecepatan sampai 100 - 133 Mhz. RAM ini banyak digunakan pada tahun 1996 hingga 2003 dan merupakan jenis RAM yang memiliki 168 Pin saluran transfer data. Ciri-ciri RAM ini terdapat dua celah dibahagian kakinya. RAM ini akan diletakkan pada slot DIMM/SDRAM di motherboard yang mampu menampung memori mulai 16 MB hingga 1GB.


3. RDRAM (Rambus Dynamic Random Access Memory)


Komponen ini diperkenalkan pada tahun 1995 dengan kecepatan 600 Mbytes/sec. Pada tahun 1997, kecepatan RDRAM meningkat hingga 700 MBps, dan tahun 1998 menjadi 1,6 GBps. Tak heran, RAM ini awalnya dikembangkan untuk komputer dengan prosesor Pentium 4 atau untuk keperluan perangkat gaming. Slot memori untuk RDRAM ialah 184 pin.


4. EDORAM (Extended Data Out Random Access Memory)

RAM ini dikembangkan tahun 1995 dan memiliki kemampuan yang lebih cepat dalam membaca dan mentransfer data dibandingkan dengan jenis-jenis RAM lain. Slot memori untuk EDORAM ialah 72 pin. Bentuk komponen ini lebih panjang daripada RAM SIMM. Tak heran RAM ini sangat sesuai pada semua komputer Pentium. Selain itu, komponen ini juga sesuai untuk dipasang pada komputer dengan bus mencapai 66 Mhz.


5. FPM DRAM (First Page Mode DRAM)

Jenis RAM ini merupakan bentuk asli atau bentuk awal dari DRAM. Laju transfer maksimum untuk cache L2 mendekati 176 MB per detik. FPM bekerja pada frekuensi 16 MHz hingga 66 MHz dengan akses waktu hingga 50ns.


6. Flash RAM

Flash RAM merupakan jenis memori berkapasiti rendah yang digunakan pada perangkat elektronika seperti TV, VCR, hingga telefon lama. Memori ini dipasang pada perangkat yang memerlukan refresh dengan daya yang kecil.


7. VGRAM (Video Graphic Random Access Memory)


VGRAM biasanya digunakan untuk menyimpan kandungan pixel bagi sebuah paparan grafik. Penggunaan chip ini akan memberikan prestasi video yang baik dan mengurangi tekanan pada CPU.


8. DDR SDRAM (Double Date Rate SDRAM)


Jenis RAM ini memiliki kecepatan yang sangat tinggi diantara jenis-jenis RAM. Tak heran, RAM ini digunakan dimana-mana sahaj perangkat saat ini. RAM ini mampu menjalankan dua instruksi sekaligus dalam satuan waktu yang sama. Memori ini memiliki 184 pin. RAM jenis ini juga menggunakan daya listrik yang lebih rendah.

Jenis-jenis RAM berikutnya seperti DDR2 RAM hingga DDR3 RAM merupakan pengembangan dari DDR SDRAM. Kedua jenis RAM ini digunakan dibanyak komputer saat ini karena lebih jimat daya dan lebih optimum dengan kecepatan tinggi. Untuk kapasiti memori jenis ini pun cukup besar hingga 4 GB per chipnya.


9. SO – DIMM (Small Outline Dual in-line Memory Module)

Memori ini merupakan jenis memori yang digunakan pada notebook. Bentuk fizikalnya cukup ringkas, besarnya setengah dari DDR RAM sehingga lebih menjimat ruang. Jenis memori ini biasanya mengikuti perkembangan RAM untuk komputer desktop.



credit to: pricebook.co


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Saturday, April 7, 2018

Cara Membuat Password Pada Komputer Windows 7

1. Buka Start Menu di Control Panel.


2. Kemudian pilih view menjadi small icon dan klik icon User Accounts.


3. Kemudian pilih Create a password for your account, seperti gambar di bawah ini.


4. Isikan password pada field pertama dan kedua, kemudian di field di ketiga isikan petunjuk untuk password yang kamu buat tadi dan klik Create password.


6.Selepas selesai, kamu akan melihat akaun kamu akan menjadi Password protected seperti gambar di bawah ini.



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Wednesday, April 4, 2018

Cara nak disable status terakhir di Instagram



1- Buka Instagram pada peranti Android anda dan tekan profil di sudut kanan bawah pada skrin utama.


2- Pilih menu tiga titik di penjuru kanan sebelah atas. 



3- Pada option tersebut, scroll ke bawah dan cari Status Papar Aktiviti. Tutupkan.



4- Buka Setting pada peranti anda dan navigasi ke Apps / Application Manager. Klik Instagram.

                                              

5- Pada skrin Info Aplikasi Instagram, klik Force stop. Sekarang, buka app Instagram untuk melihat perubahan.






💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Tuesday, April 3, 2018

Cara Auto Disable Touchpad Ketika menggunakan mouse di Windows 10

Apabila kita menggunakan mouse di laptop menggunakan usb kabel dan bluetooth, kita selalu tidak disable Touchpad yang fungsinya sudah digantikan oleh mouse. Anda pasti menginginkan touchpad secara automatik disable ketika menggunakan mouse sewaktu membuat kerja. Di sini saya akan berkongsikan tips bagaiamana hendak disable automatik touchpad.

Secara umum pada kebanyakan Laptop, Anda boleh ubah di Settings > Devices > Touchpad.



Di bawah touchpad Anda boleh untick “Leave touchpad on when a mouse is connected”.




Tidak semua device Windows 10 memiliki setting seperti tersebut. Dell contohnya, Anda mesti buka Settings > Devices > Mouse and Touchpad dan klik Additional mouse Options untuk membuka Properti Mouse Dell. Anda juga boleh membuka tetingkap ini di Task Manager Anda.

Klik tautan bertuliskan Click to change Dell Touchpad settings. Anda dapat menghidupkan Dell TouchGuard yang mencegah isyarat yang tidak diinginkan saat click.






💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Monday, April 2, 2018

Kepentingan Servis Komputer Secara Berkala


Memperpanjang usia komputer anda
Usia komputer umumnya tanpa sebarang masalah adalah di antara 1 hingga 2 tahun. Tetapi jika anda sering servis atau cuci laptop anda secara berkala, maka jangka umur komputer anda bermungkinan lebih lama dari yang biasa di antara 3 hingga 5 tahun. Laptop perlu di servis sebaiknya setiap 6 bulan sekali bagi memastikan laptop sentiasa berada dalam keadaan baik. Servis laptop bermaksud membersihkan habuk tebal pada kipas laptop, motherboard dan menggantikan thermal paste baru.

Laptop anda akan running dengan lancarnya
Dengan servis yang berkala pada hardware maupun softwarenya, laptop akan terasa selalu ringan untuk dibawa. Tidak akan terjadi lag, hang atau sebagainya yang akan mengganggu aktiviti pekerjaan anda.

Keamanan terjamin
Servis bukan hanya pada hardware sahaja, tetapi software pun mestilah juga diservis. Paling kurang pun hendaklah kita update sistem dan aplikasi serta scanning secara kerap dengan antivirus bagi menghapuskan  semua virus yang ada sehinggalah data kita selamat dari segala ancaman.

Itulah betapa pentingnya kita melakukan servis komputer secara berkala. Jadi marilah kita sama-sama melakukan servis secara sendiri ataupun menghantarnya ke kedai bagi menjamin kebaikan komputer anda.



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau