Friday, March 23, 2018

Cara membuka Browser Dalam Mode Private

Browsing dalam mode private atau incognito di komputer sangatlah berguna bagi mereka yang tidak ingin  jejak internetnya diketahui atau dikesan. Jika Anda sering menggunakan browser dalam mode private, Anda boleha membuat browser Anda menjalankan mode private secara default.

Chrome (Windows)


1. Buat Shortcut untuk Chrome di desktop jika belum ada.
2. Klik kanan, lalu pilih Properties.
3. Dalam kolum Target, tambah “-incognito”, tambahkan di akhir.
4. Click Ok.

Sekarang jika Anda buka Chrome melalui shortcut tersebut, Anda akan membuat browser dalam mode private secara default.

Firefox (Windows)




Untuk firefox kita perlu membuka browser Firefox itu sendiri

1. Klik menu hamburger dan masuk ke Options.
2. Buka tab Privacy dan di bawah History pilih “Firefox will : never remember history” dari menu dropdown.

Opera (Windows)


Sama seperti Chrome, hanya sedikit berbeza:

1. Buat Shortcut untuk Opera di desktop jika belum ada.
2. Klik kanan, lalu pilih Properties.
3. Dalam kolum Target, tambah “-private”, tambahkan di akhir.
4. Click Ok.

Sekarang jika Anda buka Opera melalui shortcut tersebut, Anda akan membuat browser dalam mode private secara default.

Tips Untuk Windows

Anda juga boleh membuka melalui menu start, lalu pilih browser, klik kanan, nanti akan ada pilihan mode Private.




credit to: top-password.com


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau



Thursday, March 22, 2018

Cara menetap semula Kata Laluan Akaun Microsoft pada Windows 10

Anda terlupa kata laluan akaun Microsoft dan tidak boleh sign in ke Windows 10? PC anda dikenakan password dan tidak ada pilihan untuk menukar semula ke local akaun walaupun anda mengingati kata laluan local akaun. Dalam artikel ini kami akan menerangkan kepada anda dua kaedah untuk menetapkan semula kata laluan akaun Microsoft yang hilang dalam Windows 10.

Kaedah 1: Buka Halaman Reset password Dalam Microsoft Online.

Untuk menetapkan kata laluan akaun Microsoft yang hilang, anda boleh menggunakan mana-mana peranti (contohnya, PC lain, smartphone atau tablet) yang disambungkan ke Internet dan pergi ke Microsoft online password reset tool.

1. Buka halaman Microsoft Account Password Reset dari mana-mana Browser. Pilih "I forgot my password" dari senarai pendek pilihan dan kemudian klik Next.


2. Masukkan alamat e-mel yang anda gunakan sebagai akaun Microsoft anda. Untuk tujuan keselamatan, ketik huruf yang diwakili oleh captcha untuk membuktikan anda ini manusia.


3. Pilih bagaimana anda mahu menerima kod keselamatan dan klik "Hantar kod". Adakah melalui alamat e-mel atau nombor telefon bimbit anda yang dikaitkan dengan akaun Microsoft anda.


Jika anda tidak mempunyai akses ke akaun e-mel dan telefon bimbit anda, klik "I don't have any of these" dan kemudian jawab questionnaire termasuk soalan keselamatan akaun. Sekiranya maklumat anda disemak dengan betul, laman web ini akan membantu anda membuat kata laluan baru.

4. Semak akaun e-mel atau telefon bimbit anda dan cari mesej dari Microsoft account. Masukkan kod keselamatan yang baru anda terima dan klik Next.


5. Masukkan kata laluan baru yang ingin anda gunakan untuk akaun Microsoft anda. Selepas anda mengesahkannya, klik Next.


6. Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda akan melihat "Your account has been recovered" pada skrin anda.
7. Anda kini boleh log masuk ke Windows 10 dengan akaun Microsoft anda. Pastikan anda disambungkan ke Internet pada skrin log masuk Windows. Sekiranya komputer anda yang terlupa kata laluan tersebut tidak mempunyai akses Internet, anda tidak akan dapat log masuk dengan kata laluan baru.

Kaedah 2: Gunakan PCUnlocker Live CD

Jika anda terlupa kata laluan akaun Microsoft anda dan anda tidak dapat menetapkan semula kata laluan dengan kaedah recovery melalui Microsoft Online, cara terbaik adalah bertukar ke localn akaun supaya anda boleh log masuk semula ke komputer Windows 10 anda. Kaedah ini juga akan membolehkan anda mengakses semua fail local akaun Microsoft anda.

1. Pertama sekali, anda perlu membuat CD Live PCUnlocker (atau USB drive) pada komputer lain(bukan pada Windows 10 PC anda yang lock).

2. Sediakan locked machine untuk boot dari PCUnlocker Live CD (atau USB drive) yang baru anda buat.

3. Setelah boot ke program PCUnlocker, pilih local akaun yang dikaitkan dengan akaun Microsoft anda dan klik butang Reset Password.


4. Program ini akan menetapkan semula kata laluan local akaun anda dan segera menukar akaun Microsoft anda ke local akaun. Putuskan sambungan CD Live PCUnlocker (atau pemacu USB) semasa memulakan semula dan kemudian anda boleh log masuk ke Windows 10 tanpa kata laluan!



credit to: top-password.com


💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Wednesday, March 21, 2018

Cara menghapus rangkaian Wi-Fi Yang Tersimpan di Windows 10



Terdapat dua cara untuk menghapuskan jaringan Wi-Fi yang tersimpan. Yang pertama
kita boleh menghapusnya melalui app setting pada Windows 10, masuk ke Network & Internet. Keduanya ialah dengan menggunakan command promt. Dalam artikel ini kami akan menerangkan 2 cara tersebut

Cara menghapus rangkaian Wi-Fi melalui app Settings Windows 10

Untuk memadam Wi-Fi yang tersimpan, pertama kita buka Settings->Network & Internet.


Selepas itu, masuk ke Network & Internet, pilih Manage Wi-Fi Settings.


Selepas itu kita akan menukar laman, scroll ke bawah sehingga terjumpa  rangkaian Wi-Fi yang disimpan. Wi-Fi yang disimpan adalah Wi-Fi yang telah kita gunakan sebelum ini.

Untuk memadam, sila klik salah satu nama SSID Wi-Fi, Forget.


Cara Menghapus Rangkaian Wi-Fi Yang Tersimpan Melalui Command Prompt

Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita akan membuang rangkaian Wi-Fi menerusi command prompt (Admin), lalu tekan butang Windows + X, kemudian pilih Command Prompt (Admin).


Setelah Command Prompt terbuka, taip arahan netsh wlan show profiles.


Di sini kita akan melihat daftar Wifi yang tersimpan. Untuk menghapus Wi-Fi tersebut gunakan perintah netsh wlan delete profile name=”PROFILE_NAME”.



credit to: howtogeek.com



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau


Tuesday, March 20, 2018

Cara mematikan Update pada Windows 10

Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh Microsoft ialah Windows Updates. Banyak pengguna yang mengadu mengenai masalah auto update ini.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan bagaimana untuk menghentikan update pada Windows 10.

Kaedah 1: Gunakan Sambungan Metered

Jika anda menyediakan rangkaian Wi-Fi anda dengan mengaktifkan Metered Connection, Windows akan berhenti mendownload  update secara automatik ke komputer anda. Ianya berfungsi walaupun anda tidak menggunakan metered connection yang sebenar:

1. Buka Settings app.
2. Klik Network and internet.
3. Pada panel kiri, pilih Wi-Fi.
4. Pilih pada nama jaringan Wi-Fi Anda.
5. Scroll Down ke Metered Connection.
6. Aktifkan dengan mengarahkan posisi On.


Kaedah 2: Gunakan Group Policy Editor

Jika cara yang sebelum ini tidak menjadi, Anda boleh menggunakan kabel Ethernet untuk terhubung ke internet. Anda boleh menggunakan Group Policy Editor sebagai gantinya:

1. Tekan tombol Win + R.
2. Klik gpedit.msc dan tekan Enter.
3. Klik Computer Configuration.
4. Select Administrative Templates.
5. Klik All Settings.
6. Scroll down ke Configure Automatic Updates dan klik 2x pada entri.
7. Pilih Enabled di kiri atas.
8. Pilih Notify for download and auto install.
9. Klik Apply.


Cara Semak Manual Update

Untuk memeriksa update secara manual, Settings > Update & security > Windows Update dan klik butang Check for Updates

credit to: forbes.com



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,


 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Monday, March 19, 2018

3 Cara Memindahkan Data Android Ke Mac OS


Satu hal yang perlu diberi perhatian apabila beralih dari Windows OS ke Mac OS ialah untuk memindahkan data dari smartphone Android ke platform itu, kerana terbiasa plug & play di Windows OS dengan menggunakan kabel USB, pastinya muncul suatu notifikasi jika device telah terhubung ke PC dan kita dapat meng-copy, menghapus, bahkan mem-format sekaligus isi data yang ada.
Sayangnya Mac OS apabila anda menyambungkannya dengan kabel USB, smartphone Android hanya akan men-charge meskipun telah kamu tukar ke mode MTP. Oleh itu, kami memberi 3 cara agar dapat memindahkan file dari Android ke Mac OS dengan mudah.

1- Install Android Transfer File di Mac OS


Jika anda masih mennggunakan kabel usb untuk memindahkan fail, ada baiknya anda menginstall aplikasi Android Transfer File yang disyorkan secara langsung dari Google. Dengan anda menginstall aplikasi itu, ia akan lebih bebas untuk mengakses fail pada smartphone Android sama seperti dalam Windows OS.

2- Gunakan Dual Flash Drive OTG


Percayalah, kabel USB yang anda guna akan kurang  membantu untuk memindahkan data dengan cepat. Jadi, bagi memudahkan anda, sediakan aksesori ini untuk memindah file atau menyimpan data anda dari telefon pintar Android ke komputer.


3- Pasang Aplikasi FTP di Android dan Mac OS


FTP atau File Transfer Protocol merupakan jalan pintas yang lebih mudah untuk melakukan pemindahan file-file berukuran besar. Sebenarnya FTP telah ada di setiap device yang boleh digunakan apabila setiap device saling terhubung di satu rangkaian yang sama.

Tetapi kerana setiap peranti terletak pada tetapan yang berbeza, maka kami cadangkan menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti AirDroid, Shareit, Xender dan lain-lain kerana aplikasi itu adalah sebahagian daripada ciri FTP kerana adanya aplikasinya yang cross platform.

credit to: droidpoin.com



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Friday, March 16, 2018

Cara Menghilangkan Virus Shortcut di Flashdisk dengan CMD



Dari dulu hingga sekarang, Virus Shortcut yang kerap muncul di Flashdisk atau media penyimpanan lain sangat menyusahkan para pengguna. Selalunya, shortcut ini wujud disebabkan Flashdisk anda dijangkiti oleh virus yang didatangkan dari komputer lain. Danboleh juga, komputer yang awalnya bersih dari virus, namun kerana dicucuk dengan Flashdisk yang mengandungi oleh virus ini jadi komputer anda juga turut dijangkiti.
Sebenarnya tidak sukar untuk menghapuskan virus ini (bergantung kepada sejauh mana penyebaran virus itu). Kadang-kadang ia mengambil masa yang lama untuk melakukan scanning virus. Sekarang saya ingin berkongsi tips tentang bagaimana untuk menghapus virus shortcut di Flashdisk.

Cara Menghilangkan Virus Shortcut di Flashdisk

-Cucuk Flashdisk ke komputer kemudian buka Flashdisk tersebut.
-Klik "Organize" lalu klik "Folder and search options".


-Tick "Show hidden files, folders, and drives", kemudian unchecklist pada "Hide protected operating system files (Recommended)". Jika muncul notice seperti di bawah, Klik "Yes".


Biasanya folder yang disembunyikan oleh virus sudah kembali muncul. Namun ianya masih status semi-hidden.
Untuk menormalkannya kembali, cari CMD (Command Prompt). Pilih option  run as administrator dengan klik kanan. Setelah terbuka, pilih lokasi dimana Flashdisk berada, misal: Drive H, berarti ketik H:
Selanjutnya, taip attrib -s -r -h /s /d di CMD, seperti gambar di bawah. Kemudian tekan Enter.


-Sekarang cek Flashdisk kamu, adakah semua folder sudah kembali kepada normal. Jika ya, sila padamkan folder yang anda fikir pelik dan tidak perlu.

Selalunya, cara di atas hanya berlaku untuk mengembalikan folder yang disembunyikan oleh virus shortcut dan menghilangkan virus shortcut secara sementara. Jika Flashdisk kembali dicucuk ke komputer yang dijangkiti oleh virus shortcut, perkara yang sama akan berlaku lagi.

Cara paling berkesan untuk mengatasinya ialah dengan menggunakan Antivirus. Anda boleh melakukan Full Scan pada mana-mana Drive yang ada, termasuk Flashdisk.


credit to: jalantikus.com



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,



 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

Thursday, March 15, 2018

Ciri-ciri Hardisk mulai rosak


Bagi anda yang setiap hari menggunakan PC untuk menyelesaikan tugas kerja dan sebagainya, anda mesti tahu tanda hard disk komputer riba mulai rosak.
Kerosakan pada HDD tidak semestinya dikaitkan dengan kerosakan fizikal pada hard disk. Sebab kemungkinan kerosakan ini berlaku kerana sistem mulai error seperti bad shadow, Bad sector, bad cluster, dan lain-lain.

Sementara kerosakan luaran diantaranya seperti komponen yang terbakar, kabel terputus, dan sebagainya. Seperti yang diketahui, hard disk adalah komponen yang sangat penting dalam sistem komputer. Hard disk merupakan tempat khusus yang digunakan untuk menyimpan berbagai macam data pada komputer atau laptop. Ada beberapa ciri-ciri hardisk yang mulai nak rosak.

Komputer atau laptop menjadi lambat sepertinya ada virus. Selalunya, ramai orang berpendapat disebabkan oleh virus, tetapi apabila OS dipasang semula. ternyata hasil yang sama, maka dapat dipastikan bahwa ada kesalahan dengan hardware komputer anda, dan kemungkinan besar terdapat masalah pada hardisk.

Banyaknya file yang korup di dalam hardisk anda boleh jadi bahawa terdapat kerosakan pada hard disk anda. Maksudnya file yang korup ini bukanlah korup dari awal, kerana file itu ok sahaja sebelum tu. Tetapi terjadi error dalam hardisk maka file pun boleh jadi korup

Loading HDD sangat perlahan dan lama walaupun LED berkedip menunjukkan hard disk anda sedang membaca, tetapi berkedip berulang-ulang, kemungkinan masalah bad sector. Sympton ini juga biasanya dilihat apabila setup atau install yang baru tetapi  bluescreen tetap muncul.

Bad sector,  jika di dalam harddisk Anda terdapat banyak bad sector, maka Anda harus segera menyelamatkan data Anda sebelum semuanya rosak. Anda boleh check masalah terhadap bad sector ini melalui aplikasi bawaan yang ada di Windows.

Bunyi yang kasar pada harddisk. Dengarlah bunyi pada harddisk sewaktu dinyalakan, biasanya harddisk yang masih elok dan normal akan mempunyai bunyi yang lembut. Akan tetapi berbeza dengan harddisk yang rosak/bad sector akan berbunyi sangat kasar. Ini kerana dari slider(berbentuk jarum) yang digunakan untuk membaca kepingan harddisk tidak stabil dan akhirnya bergerak kasar. Biasanya ini disebabkan oleh arus elektrik yang tidak stabil.

Hard Disk tiba-tiba menghilang, saat Anda menyalakan komputer atau laptop lalu tidak boleh booting dan setelah di lakukan pemeriksan pada bios tidak terlihat dal Hard Disk, maka boleh dipastikan bahwa hard disk Anda mulai rosak.

Data File Mengalami Kerosakan. Padahal Anda tidak melakukan apapun, tapi secara tiba-tiba ada data yang rosak atau tidak boleh dibuka.


credit to: plukme.com



💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,




 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau