Friday, March 9, 2018

Kenali versi Mac OS X



Mac OS X ialah sebuah sistem pengendalian grafikal yang dihasilkan dan dipasarkan Apple Inc. Sistem pengendalian ini dipasang pada semua komputer Macintosh. Mac OS X adalah sebuah sistem pengendalian ala UNIX yang merupakan kesinambungan bagi projek NeXT. Sistem pengendalian ini disediakan untuk komputer Macintosh. Sistem operasi pertama kali dikeluarkan pada tahun 2001 dan popular di kalangan pengguna.


Mac OS X diasaskan daripada sistem pengendalian OpenStep. OpenStep dibina oleh syarikat Next, yang diketuai pengasas Apple Computer, Steve Jobs. Pada akhir dekad 90an, Apple memerlukan sistem pengendalian yang baru sebagai pengganti sistemnya sendiri, Mac OS. Syarikat Apple bersetuju untuk membeli syarikat Next pada tahun 1996 supaya dapat memiliki OpenStep. Apple mengubahsuai OpenStep pada tahun-tahun seterusnya, dan akhirnya menghhasilkan Mac OS X 10.0. OS X memerlukan teknik dan bahasa perisian yang berbeza daripada Mac OS 9. Walau bagaimanapun, perisian Mac OS 9 dan sebelumnya dapat digunakan pada OS X dalam mod "Classic."


Berikut adalah sistem operasi Mac sejak 2001 sehinggalah sekarang beserta dengan Nama Kod setiap versi dan tahun dilancarkan:

OS X 10 beta: Kodiak (2000)
OS X 10.0: Cheetah (2001)
OS X 10.1: Puma (2001)
OS X 10.2: Jaguar (2002)
OS X 10.3 Panther (Pinot) (2003)
OS X 10.4 Tiger (Merlot) (2005)
OS X 10.4.4 Tiger (Chardonnay) (2006)
OS X 10.5 Leopard (Chablis) (2007)
OS X 10.6 Snow Leopard (2009)
OS X 10.7 Lion (Barolo) (2011)
OS X 10.8 Mountain Lion (Zinfandel) (2012)
OS X 10.9 Mavericks (Cabernet) (2013)
OS X 10.10: Yosemite (Syrah) (2014)
OS X 10.11: El Capitan (Gala) (2015
macOS 10.12: Sierra (Fuji) (2016
macOS 10.13: High Sierra (2017)


credit to: en.wikipedia.org

💻📲🖥 Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup 
 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
📱Whatsapp Kami:  http://matkomputergadget.wasap.my atau

No comments:

Post a Comment